in ,

Muka Anak Bengkak Sebab Makan Ketam, Che Ta Tak Tahu Aaisyah Ada Alahan

Akibat memakan hidangan ketam, anak perempuan kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana dipenuhi bengkak dek kerana alahan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta pada ruangan kapsyen menerangkan bahawa dia tidak tahu tentang alahan puterinya itu terhadap makanan laut tersebut.

“Baru tau yang Aaisyah tak boleh makan ketam. Habis bengkak muka.

“Lepas makan je terus naik, jadi lepas ni lega mummy dah tak payah beli ketam.”

Rozita Che Wan
@rozitachewan1

Baqu tau yg aaisyah tak boleh makan ketammmmm.. habih bengkak muka dia .. lepas mkn ja terusss naikkkkk … so pas ni lega mummy dh tk yah beli ketam🤣🤣🤣🤣 #mahal😬 . #aaisyahshiarana #alergic #fyp

♬ original sound – Adza Irda – Adza Irda

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa bimbang terhadap keadaan Aaisyah.

“Bahaya alahan ni, boleh tutup saluran pernafasan,”

“Kena buat allergic test ni,”

“Pergi hospital, cuba buat allergic test, tengok apa yang tinggi.”

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis hantaran itu telah meraih hampir 40,000 tanda suka dan lebih satu juta tontonan.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Sambut Ulang Tahun Ke 17, Suria FM Bakal Berikan Hadiah Eksklusif Dalam TikTok Live Untuk Pendengar!

Hampir 3 Dekad Hiburkan Penonton, Melodi Kini Tukar Waktu Siaran!