Wednesday • 22 September 2021

Terkini

Cemar Air Selangor, Mahkamah Kekal Lanjutan Reman Empat Suspek

SHAH ALAM, 11 Sept – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan perintah lanjutan tempoh reman lima hari lagi terhadap empat pengurus kilang adik-beradik bagi siasatan pencemaran sumber air di Sungai Gong, Rawang.

Menurut BERNAMA, Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail serta peguam Abdul Rashid Ismail dan Datuk M Reza Hassan, yang mewakili keempat-empat suspek.

Hakim berkata pertimbangan dibuat oleh majistret untuk melanjutkan tempoh reman berkenaan adalah betul memandangkan pelbagai siasatan perlu dilakukan kerana kejadian pencemaran tersebut serius serta melibatkan kepentingan awam dan pelbagai agensi.

“Tempoh masa (reman) diberi dalam kes ini adalah munasabah. Saya tidak terfikir untuk kurangkan (tempoh masa reman) melainkan diberi sehingga 14 hari.

“Saya berpendapat pertimbangan majistret antaranya banyak barang kes dan pelbagai siasatan perlu dibuat itu betul. Saya dapati alasan majistret (berkaitan tempoh reman) tiada khilaf,” katanya.


Artikel Terkini F8Buzz


Terdahulu, Abdul Rashid dan M Reza membuat permohonan semakan lanjutan perintah reman terhadap anak guam mereka yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Selayang semalam selepas reman pertama sejak Sabtu lepas tamat.

Kesemua suspek berumur 50 hingga 60 tahun itu ditahan reman bagi siasatan kes mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan melakukan khianat dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ekoran pencemaran minyak dari kilang itu pada 3 Sept lepas, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.


Ikuti juga F8Buzz di

F8Buzz YouTube

F8Buzz Facebook

F8Buzz Instagram


TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!