Kampung People 2 – Keluarga Razif Kembali!

Petaling Jaya, 15 Sept 2020 – Penantian panjang bakal berakhir bagi peminat drama popular Kampung People yang menjadi fenomena hujung 2019.

Bertemakan kekeluargaan, Kampung People yang memaparkan gandingan mantap Rashidi Ishak dan Elly Mazlein bukan saja berjaya mencuri perhatian peminat drama Melayu malah ia juga tular dan menjadi sebutan hangat di laman sosial sepanjang siaran itu. 

Kampung People kembali dengan musim keduanya bermula 17 September 2020 menerusi slot Lestary, pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9.00 malam di TV3. Para penonton juga boleh ikuti Lestary: Kampung People 2 menerusi perkhidmatan TV Internet (OTT) iQIYI di laman web (www.iQ.com) dan aplikasi mudah alih iQIYI secara percuma. 

Lestary: Kampung People 2 terbitan KL Motion Pictures, diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin mengekalkan barisan pelakon asal iaitu Rashidi Ishak (Razif), Elly Mazlein (Mona), Riena Diana (Laila), Kamarul Eqifshah (Imran/Yummy), Hun Haqeem (Jaafar), Dato’ Fizz Fairuz (Ejen Shukri), Namron (Tuan Shuhaimi) serta diserikan lagi dengan kemunculan Adibah Noor (Dona), Haziq Fadhullah (Karim), Kismah Johar (Madamme Mah).

Menyusuli kisah keluarga Razif yang sudah kembali ke rutin hidup lama selepas Tuan Shuhaimi dipenjarakan dan Cengkih Manis dibubarkan, kini Razif tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar. Razif mula merindui kehidupan di kampung. Disebabkan rindu kepada Jaafar, Laila berjaya menyakinkan ayahnya untuk pindah balik ke kampung. Demi memujuk isterinya Mona, Razif telah berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis. Jadi, mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera. 

Yummy dan Mona sedar bahawa Razif dan Laila hanya berbohong. Mereka berpakat untuk mengenakan Razif dengan memaksanya mengeluarkan kos yang tinggi untuk hal-hal keselamatan kononnya sangat takut dibunuh oleh Cengkih Manis. Pada masa yang sama, Laila yang ingin mengejutkan Jaafar tentang kepulangan ke kampung mendapat tahu bahawa Jaafar bakal bekerja di bandar.


Artikel Terkini F8Buzz


Tanpa disangka, gurauan Razif bakal bertukar menjadi mimpi buruk. Percubaan membunuh oleh anak Tuan Shuhaimi telah mengejutkan pihak polis dan Ejen Shukri kembali untuk menyelamatkan keluarga Razif. Barulah Razif sedar, Cengkih Manis masih wujud! Tuan Shuhaimi mendapat lawatan dari ibunya, Madamme Mah yang merupakan ketua Cengkih Manis yang sebenar. Mereka belum berputus asa untuk mencari duit yang pernah disembunyikan oleh Razif. 

Di Kampung Sinaran Baru, Razif mendapat seorang pekerja baharu, Karim yang ringan tulang. Hal ini membuatkan Badrul dan Mail kelihatan culas bekerja. Karim bukan saja disenangi oleh Razif malahan dia juga menjadi popular dalam kalangan orang kampung. 

Tidak lama kemudian, Razif dan Mona terkejut dengan kehadiran ibu Mona, Dona yang datang melawat. Mona sangat tertekan dengan kehadiran ibunya yang sangat cerewet.

Laila dan Jaafar mengambil keputusan untuk berkahwin, namun hubungan mereka diuji dengan kehadiran Karim sehingga Laila mengambil keputusan untuk berpisah. Dalam kekecohan itu, Madamme Mah telah datang ke kampung setelah gagal mendapat maklumat daripada pengintipnya. Apakah yang bakal berlaku kepada Razif dan keluarganya? Dapatkah Razif menjamin keselamatan mereka kali ini? 

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Kampung People 2 menerusi slot Lestary pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9.00 malam di TV3 bermula 17 September 2020. Anda juga boleh menontonnya di laman web (www.iQ.com) dan aplikasi mudah alih iQIYI secara percuma. 


Ikuti juga F8Buzz di

F8Buzz YouTube

F8Buzz Facebook

F8Buzz Instagram


The Buzzer
Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ikuti F8Buzz

13,483PeminatSuka
10,051PengikutIkuti
67PengikutIkuti
15,600PelangganLanggan

Terkini

Kampung People 2 – Keluarga Razif Kembali!

Petaling Jaya, 15 Sept 2020 - Penantian panjang bakal berakhir bagi peminat drama popular Kampung People yang menjadi fenomena hujung 2019.
00:03:56

#KitaJagaKita Misi Baru Ejen Ali Hargai Frontliners

KUALA LUMPUR, 15 SEPT 2020 - Bersempena Hari Malaysia, Primeworks Studios dan WAU Animation melancarkan kempen #KitaJagaKita buat para peminat filem...

Cemar Air Selangor, Mahkamah Kekal Lanjutan Reman Empat Suspek

SHAH ALAM, 11 Sept - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan perintah lanjutan tempoh reman lima hari lagi terhadap empat...

Sandra Dianne Meninggal Dunia

Putrajaya, 11 Sept - Penyanyi yang juga peserta Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi...

Popular

Kak ‘Ros’ Upin Dan Ipin Di Eksploitasi Seksi Melampau

KUALA LUMPUR - Watak ‘Ros’ kakak garang dalam siri animasi Upin dan Ipin dikesan menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab yang memaparkan watak itu...

Putera Puteri Sukan SEA – FOTO

Kelmarin, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin membanggakan rakyat Malaysia dengan memenangi pingat emas acara sukan kuda lasak kategori individu. Namun Baginda bukanlah satu-satunya kerabat...

8 Kasut Air Jordan Terbaik Pernah Dikeluarkan

Michael Jordan sudah pasti adalah pemain bola keranjang NBA paling terkenal diseluruh dunia. Kehebatan beliau tidak dapat disangkal sama sekali. Legasi beliau masih kekal...

8 Pencuci Mulut Lazat Tak Perlu Ketuhar

8 pencuci mulut lazat yang boleh dibuat tanpa memerlukan ketuhar. Mudah disediakan dan yang penting, yummy! Wajib cuba di masa cuti begini. 1. Biskut Coklat & Peanut Butter   Resepi...

Instagram