Covid-19 telah meragut lebih 55,737 nyawa di seluruh dunia setakat ini. Di Malaysia sahaja, 57 orang telah meninggal dunia.

Tiada sebarang ubat ataupun penawar baginya lagi dan kebanyakkan negara telah menjalankan perintah berkurung ataupun perintah kawalan pergerakan termasuk di Malaysia.

F8Buzz kali ini membawakan kepada anda senarai 8 orang ternama dari serata dunia yang telah menjadi antara korban kepada virus ini. Covid-19 tidak mengenal bangsa, umur mahupun darjat.

KEN SHIMURA • 1950 – 2020

Dilahirkan dengan nama Yasunori Shimura, pelakon dan pelawak ini dikenali sebagai Robin William Jepun.

ALAN MERRILL • 1951 – 2020

Penyanyi utama kumpulan Arrows, Alan juga adalah penulis bersama lagu “I Love Rock ‘n’ Roll”, yang turut dipopularkan oleh Joan Jett.

M. COBARRUBIAS • 1953 – 2020 

Pemenang Pelakon Pembantu Terbaik Gawad Urian Award ini telah berlakon dalam lebih 200 filem dan drama.

MICHAEL SORKIN • 1948 – 2020

Michael adalah seorang arkitek urban, penulis dan pendidik di New York.

NUR HASSAN HUSSEIN • 1937 – 2020

Dikenali dengan nama Nur Adde, beliau merupakan Perdana Menteri Somalia dari tahun 2007 – 2009.

PEG BROADBENT • 1964 – 2020

Peregrine Broadbent merupakan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan Jefferies.

MARK BLUM • 1950 – 2020

Blum menemui kejayaan apabila menjadi pelakon utama dalam filem Desperately Seeking Susan dan juga watak pembantu dalam filem Crocodile Dundee.

LI-WENLIANG • 1986 – 2020

Seorang doktor, Li adalah orang pertama yang memberi amaran kepada orang ramai mengenai virus baru berbahaya, namun tidak diendah kerajaan.

• Like Facebook F8Buzz • Follow Twitter F8Buzz • Follow Instagram F8Buzz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here