in ,

Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh Dibunuh di Iran

Ketua pejuang Islam iaitu, Hamas hari ini mengesahkan bahawa serangan Israel di Tehran telah mengakibatkan kematian ketua mereka, Ismail Haniyeh.

Hamas mengeluarkan kenyataan bahawa “Saudara, pemimpin, mujahid Ismail Haniyeh, ketua pergerakan ini telah meninggal dunia akibat serangan Zionis di pejabatnya di Tehran, selepas beliau menghadiri pelantikan presiden baharu Iran.”

Haniyeh, yang berada di Tehran untuk menghadiri majlis perasmian Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, maut bersama seorang pengawal peribadinya apabila bangunan tempat mereka tinggal diserang. Serangan ini dilaporkan berlaku pada awal pagi dan didakwa melibatkan peluru berpandu.

Hamas dan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengesahkan kematian Haniyeh. Sementara itu, Israel tidak memberi sebarang komen rasmi tentang kejadian tersebut, tetapi Menteri , Amichai Elihayu, merayakan kematian Haniyeh di media sosial.

Haniyeh, yang meninggalkan Gaza pada 2019 dan tinggal di Qatar, merupakan seorang pemimpin yang dianggap lebih pragmatik dan disukai ramai di Gaza dan Tebing Barat. Pembunuhannya menimbulkan kebimbangan bahawa konflik mungkin akan semakin memuncak, terutama selepas serangan terbaru di Beirut dan peningkatan ketegangan di kawasan lain.

Perang yang kini hampir memasuki bulan ke-10 itu turut meragut nyawa tiga anak lelaki Haniyeh, yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza.

Israel didakwa telah melancarkan kempen cubaan membunuh yang menyasarkan saintis nuklear Iran dan individu lain yang terlibat dalam program nuklearnya.

Sejak itu, Israel didakwa telah membunuh lebih daripada 39,360 rakyat Palestin dan mencederakan lebih daripada 90,900, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, yang tidak membezakan antara orang awam dan pejuang.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Santan Lancarkan Tawaran Kombinasi Nilai Dengan Harga Serendah RM10

Good Vibe Festival Malaysia Saman The 1975 Susulan Ciuman Kontroversi Matty Healy