in

Pencarian World Miss University Malaysia 2018 Bermula

Pencarian World Miss University Malaysia kini menerima permohonan penyertaan dari seluruh negara. Semua pelajar universiti wanita yang layak boleh mendaftar hari ini menerusi borang pendaftaran dalam talian di www.wmumalaysia.com

Tahun ini buat julung kalinya World Miss University melakukan pencarian untuk mencari wakil Malaysia, dan pendaftaran untuk semua pelajar universiti wanita bermula 2 Mei secara dalam talian. Pencarian akhir dijadualkan pada 26 Julai 2018.

Kriteria penyertaan bagi para peserta yang berminat:

  1. Pelajar perempuan mana-mana universiti yang masih belajar dia IPTA mahupun IPTS di Malaysia atau luar negara.
  2. Warganegara Malaysia yang berusia 26 tahun ke bawah.
  3. Gred akademik yang cemerlang.
  4. Berminat dalam program kesukarelawan dan kemanusian.
  5. Mempunyai kualiti dan sifat kepimpinan.
  6. Mempunyai ketrampilan yang baik dan keperibadian mesra.

Pemarkahan adalah berdasarkan kriteria di atas. Pemenang akan mewakili Malaysia di WMU 2018 Grand Finals dimana anda akan bertanding bersama pelajar-pelajar wanita dari seluruh dunia.

Pemenang peringkat Malaysia juga akan membawa pulang hadiah dan wang tunai bernilai lebih RM10,000 dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Pencarian Miss University Malaysia & World adalah program global yang diadakan dengan harapan untuk mempromosikan keamanan dunia. Ia diadakan setiap tahun oleh pelajar universiti wanita dari universiti terkenal di dunia.

Pencarian ratu cantik ini bukan hanya berdasarkan rupa, tetapi juga gabungan kecerdasan, kebajikan dan kecergasan. Matlamat acara ini adalah untuk menyatukan ideologi, agama, bahasa, kaum, budaya dan aspek kepelbagaian dalam kemanusiaan. Ia bertujuan untuk membawa wanita yang berbeza, berkuasa dan berinspirasi bersama  menyertai acara ini.

Malaysia akan menjadi tuan rumah World Miss University International tahun ini, yang merupakan tahun ke-29 pertandingan. Lebih daripada 123 pelajar universiti dari universiti yang berbeza di seluruh dunia akan berkumpul untuk bersaing dari segi kecantikan fizikal, intelek, personaliti yang menarik dan nilai kemanusiaan mereka.

Majlis menandatangani penganugerahan penganjuran kepada Small Tree Sdn Bhd

Ia adalah platform yang sempurna untuk pelajar universiti Malaysia untuk mempamerkan kesedaran, bakat dan kebolehan mental mereka, dan untuk mendapatkan pengalaman yang tidak ternilai di pentas dunia.

Pemenang dari World Miss University International akan menerima pengiktirafan dan menjadi Duta Besar untuk World Peace University Peace Corps, dan akan mewakili organisasi dalam kegiatan yang mewujudkan perpaduan dan persefahaman di kalangan masyarakat global.

World Miss University ke-28 yang berlangsung di Kambodia pada 2017

World Miss University Peace Pageant telah dimulakan pada tahun 1986 untuk memperingati “Tahun Keamanan” yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ia berada di bawah naungan Persatuan Antarabangsa Presiden Universiti (IAUP).

“Tahun dan Hari Perdamaian Dunia” telah disepakati oleh 157 negara semasa perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1981.

Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Wan Azizah Ketuai Upacara Angkat Sumpah 13 Menteri Kabinet

‘Remarkable Love’ – Kempen Hari Ibu 2018 Bio Oil Malaysia | VIDEO