in ,

Ruffera: That Moment In Time Tour Bukti Ruffedge Masih Berbisa

Kumpulan vokal R&B Ruffedge mengegarkan Kuala Lumpur selepas mengadakan konsert Ruffera: That Moment In Time Tour pada Sabtu yang lalu.

Konsert yang diadakan di Arena Megastar itu dihadiri lebih 4500 orang penonton dan berlangsung lebih dari dua jam.

Walaupun pernah berehat buat suatu ketika namun konsert ini membuktikan kumpulan yang dianggotai oleh Azan, Cat, Mode, Sein dan Zain ini masih mampu menambat hati peminat mereka.

Ketika konsert berlangsung Sein menyatakan mereka teragak-agak untuk mengadakan konsert tersebut namun melahirkan rasa syukur selepas melihat sambutan yang diberikan.

“Terima kasih kepada semua yang datang. Kami sebenarnya berbelah bahagi sama ada hendak teruskan konsert tahun ini atau tidak.

“Kami fikirkan banyak festival dan konsert dianjurkan tahun ini. Namun, melihat sambutan diberi, kami hanya mampu memanjatkan kesyukuran atas rezeki yang ditentukan Allah ini.

“Kami tidak akan berhenti di sini. Insya-Allah, tahun depan ada sesuatu yang istimewa sedang kami susun,” katanya.

Penonton dapat melihat kumpulan ini beraksi secara solo di konsert tersebut seperti Sein menyanyikan lagu Can’t Stop This Feeling dan Azan menyanyikan lagu Kenang Daku Dalam Doamu.

Persembahan yang mengembalikan nolstalgia apabila Cat menyanyikan lagu Bawaku Terbang bersama Hana The Fabulous Cat dan Reyzal Yazmi.

Ruffedge mempersembahkan lebih 20 buah lagu seperti Tiada Lagi Cinta, Hari Ini Dalam Sejarah, Da Bomb, Tipah Tertipu, Lemas, Khayalan, Bila Rindu dan Ramai lagi.

Dikhabarkan juga Ruffedge bakal mengeluarkan album baharu tidak lama lagi.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Mahu Berbincang, Farid Kamil Reda ‘Bujang’ Kembali

Karnival Mega Pertama, Suria FM Teruja Temui Peminat