in ,

Rafizi Dan Khairy Berperang Di Twitter Kerana Pembatalan Di Rantau

Rafizi Rantau

Perang meletus di Twitter di antara Rafizi Ramli dan Khairy Jamaludin berhubung kemenangan Barisan Nasional yang menang tanpa bertanding kerana calon Pakatan Harapan gagal mengemukakan kertas pencalonannya.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menang tanpa bertanding kerana calon PKR yang menentangnya Dr Streram Sinnasamy dilarang masuk ke Dewan Sri Rembau.

Dr Streram tidak dibenarkan masuk kerana dia tidak mempunyai pas calon yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pencadang dan penyokongnya juga tidak dibenarkan masuk kerana kedua-duanya tidak mempunyai pas SPR.

Beliau berkata Khairy bertanggungjawab kerana kerusi DUN Rantau di bawah kawasan Parlimen Rembau yang ditandingi Khairy.

Khairy segera membalas kenyataan Rafizi, mengatakan bahawa Pakatan harus bertanggungjawab ke atas kesalahan calonnya sendiri.

“Tanyakan calon PKR anda kenapa dia tidak memohon Pas SPR beliau, saya tidak fikir Menteri Besar atau saya perlu menjawab bagi kesilapan calon anda sendiri,” kata Khairy di Twitter.

Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Shafie Apdal Lawan Sepupu Nasir Sakaran Di DUN Senallang

Tertinggal MyKad, Tan Yee Kew DiTerima Sebagai Calon Wangsa Maju