Shakila, DJ Dave, Serina Meriahkan Kejohanan Badminton Amal | VIDEO

Pemenang pingat perak Olimpik Goh Liu Ying dan legenda badminton Malaysia, Foo Kok Keong juga akan membuat penampilan khas di Grand Asian Celebrity Charity Badminton.

0
732

Artis dan selebriti tempatan seperti Amber Chia, Linda Onn, Serina Datuk Redzuan, Shakila Khoriri dan ramai lagi akan bertarung bermain badminton untuk tujuan yang baik.

Grand Asian Celebrity Charity Badminton (GACCB), bertujuan mengumpulkan dana untuk projek pembangunan bangunan Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan.

Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), yang merupakan penganjur bersama, Datuk Irwan Shah Abdullah berkata ini adalah acara yang amat bermakna kerana bukan sahaja artis dan selebriti yang terlibat dapat mempromosikan kesihatan fizikal dan spiritual melalui pertandingan badminton, mereka juga lakukannya untuk tujuan amal.

Irwan Shah, atau lebih dikenali sebagai DJ Dave, mengumumkan butiran acara itu pada sidang akhbar yang diadakan di dewan serbaguna Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan.

GACCB dijadualkan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 14 Julai manakala majlis makan malam gala di Berjaya Times Square Hotel pada 15 Julai 2018.

Dave berkata majlis makan malam gala adalah tanda terima kasih untuk semua penaja acara, rakan kongsi dan peserta.

Pemenang pingat perak Olimpik Goh Liu Ying dan legenda badminton Malaysia, Foo Kok Keong juga akan mengambil bahagian dan membuat penampilan khas pada majlis itu.

F8Buzz merupakan rakan media rasmi untuk GACCB akan membawakan laporan dan berita terkini dari kejohanan amal ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Grand Asian Celebrity Charity Badminton atau makan malam gala, sila hubungi wakil GACCB Poris Lee di 017-4206518 atau Lisza Abd Kadir di 019-3391445.

Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari