Ayam Madu Ala Korea l RESEPI

Setiap gigitan penuh rasa manis dengan sedikit kehangatan.

0
1439

Ayam goreng K-Pop yang awesome!

RAMUAN

  • 10 keping kepak ayam saiz besar, dipotong (ayam yang dipotong kiub juga sesuai)
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1/2 inci halia, ditumbuk halus
  • 1 camca teh garam
  • 1 – 1 1/4 cawan tepung kentang secukupnya
  • 1/3 cawan kacang tanah goreng
  • 1 camca besar bijan, digoreng tanpa minyak hingga wangi

BAHAN – BAHAN SOS

  • 1 cawan madu
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 tangkai cili kering, buang biji, dan hiris memanjang
  • 1 camca besar gula perang
  • 1 camca besar mustard
  • 1 camca teh cuka makanan
  • 1/2 camca teh garam

PERSEDIAAN

  1. Kepak ayam dicuci, kemudian dipotong 2 setiap 1, cuci dan toskan. Gaul dengan halia dan bawang putih yang ditumbuk halus serta garam. Gaul rata dan perap 30 minit. Kemudian salut setiap satu dengan tepung ubi. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk mengoreng. Goreng ayam tadi selama 5 minit, balik-balikkan, kemudian angkat dan toskan minyaknya. Panaskan kembali minyak, gunakan api sederhana dan goreng sekali lagi hingga kuning keemasan, balik-balikkan ayam agar masak sekata. Angkat dan toskan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 3 sudu besar. Tumis bawang putih yang dicincang halus dan juga cili kering, hingga harum. Masukkan madu (atau golden syrup), gula perang, cuka makan, mustard dan garam. Kacau rata dan masak hingga berbuih, guna api kecil.
  4. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul hingga rata. Tambah kacang tanah dan bijan. Kacau rata2 dan boleh matikan api. Sedap dimakan begitu saja atau bersama nasi.

Selamat mencuba!

 

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari