in

Baru Masuk Malaysia, Little Caesars Dah Buka Cawangan Kedua!

Jenama pizza antarabangsa Little Caesars terus memperkukuhkan kedudukannya di Malaysia apabila membuka cawangan kedua di Bandar Puteri Puchong, hanya beberapa bulan selepas debutnya di Damansara Uptown.

Pembukaan itu mencerminkan sambutan positif yang diterima jenama pizza ketiga terbesar dunia itu daripada pengguna tempatan, sekali gus mengukuhkan perancangannya untuk terus berkembang di Malaysia.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Little Caesars Malaysia.

APA
Mengembangkan operasi dengan pembukaan cawangan kedua di Bandar Puteri Puchong.

BILA
Julai 2026.

DI MANA
Bandar Puteri Puchong, Selangor.

KENAPA
Memenuhi permintaan pengguna serta memperluaskan jenama di pasaran Malaysia.

Puchong Dipilih Sebagai Lokasi Strategik

Menurut Little Caesars, Bandar Puteri Puchong dipilih kerana mempunyai komuniti kediaman yang besar, kawasan komersial yang aktif serta permintaan tinggi terhadap pilihan makanan berkualiti pada harga berpatutan.

Naib Presiden Antarabangsa Little Caesars Pizza, Andres De Robina berkata, Malaysia merupakan antara pasaran paling menarik untuk perkembangan jenama itu.

“Malaysia adalah antara pasaran paling menarik yang kami masuki sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Puchong mungkin cawangan kedua kami, tetapi ia melambangkan komitmen jangka panjang kami untuk terus berkembang di negara ini,” katanya.

Pizza RM22 Jadi Tarikan

Antara tarikan utama yang ditawarkan ialah tiga pilihan piza bersaiz besar (12 inci) iaitu Classic Pepperoni, Classic Cheese dan Classic Veggie pada harga RM22 sepanjang masa.

Selain menu ikonik seperti HOT-N-READY® Classic Pepperoni Pizza, pelanggan turut boleh menikmati pilihan yang disesuaikan dengan cita rasa tempatan seperti Chicken Hawaiian, 3 Cheese Edge to Edge dan Classic Veggie.

Turut ditawarkan ialah menu popular jenama itu seperti Crazy Bread® dan Crazy Puffs® Pepperoni.

Rancang Lebih Banyak Cawangan

Pemegang francais Little Caesars Malaysia, Dato’ Vincent Choo dan Datin Cynthia Cheong berkata, sambutan memberangsangkan sejak pembukaan cawangan pertama memberikan keyakinan untuk mempercepatkan peluasan operasi.

“Sambutan yang kami terima sejak pembukaan di Damansara Uptown amat menggalakkan. Ia memberi keyakinan kepada kami untuk terus berkembang dan membawa Little Caesars kepada lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya.

Dengan beberapa lagi cawangan dalam perancangan, Little Caesars menyasarkan untuk menjadi antara jenama pizza pilihan pengguna tempatan menerusi gabungan kualiti, harga berpatutan dan pengalaman menjamu selera yang konsisten.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Adaptasi Webtoon Popular, Eric Chou Kini Hero Fired Up!

Lepas TTMM2, AMARRA Kembali Dengan SLAY!