Michael Jordan sudah pasti adalah pemain bola keranjang NBA paling terkenal diseluruh dunia. Kehebatan beliau tidak dapat disangkal sama sekali. Legasi beliau masih kekal sehingga hari ini.
Legasi itu diteruskan dengan edisi kelapan kasut Air Jordan. Air Jordan VIII “Take Flight”, pada asalnya degelarkan “Undefeated” kerana menyerupai Undefeated X Air Jordan 4 dari 2006, menampilkan hijau ala tentera dengan jingga terang dan hitam.
Sempena pelancaran Air Jordan VIII kami membawa kepada anda 7 lagi Air Jordan terbaik yang pernah dikeluarkan.
7. Air Jordan VI
Jordan menggunakan Air Jordan VI bila dia membawa pulang Kejuaraan NBA pertama beliau pada tahun 1991.
6. Air Jordan II
Kasut ini dikeluarkan pada musim kedua MJ di NBA. Ia juga merupakan kasut pertama nike yang tidak memaparkan logo swoosh.
5. Air Jordan I
Kasut yang menyebabkan MJ di saman $5000 setiap kali beliau menggunakannya ketika perlawanan. Yang pertama, yang asli. Air Jordan I adalah kasut pertama yang digunakan beliau ketika mula bermain dalam NBA. NBA mempunyai syarat ketat yang hanya membenarkan kasut putih digunakan pada ketika itu dan Air Jordan I sangat menyalahi peraturan tersebut.
4. Air Jordan XII
Air Jordan XII adalah kasut impian setiap pemain bola keranjang. Bukan sahaja cantik di mata malahan kasut tersebut dibuat menggunakan bahan yang sangat ringan.
3. Air Jordan XIII
Kasut yang digunakan Jordan di musim terakhirnya di NBA sebelum bersara buat kali kedua. Air Jordan XIII direka dengan menyerapkan idea ketangkasan MJ di atas gelanggang. Dengan sistem kusyen yang hebat dan hologram yang super cool, ia menjadi kegemaran ramai.
2. Air Jordan III
Air Jordan III merupakan kegemaran Michael Jordan. Ia juga merupakan kasut pertama yang direka oleh Tinker Hatfield. Logo ikonik Jumpman juga buat pertama kalinya diperkenalkan pada koleksi Air Jordan melalui Air Jordan III.
1. Air Jordan XI
Kasut yang digunakan Jordan pada musim pertama sekembalinya beliau dari persaraan mengejut. Air Jordan XI adalah kasut yang paling elegen dari seluruh koleksi. Ia juga merupakan kasut pertama dalam sejarah yang menggunakan patent leather. Sangat bergaya, berkilat dan mustahil untuk dilupakan. Kami suka kasut ini. Air Jordan tidak pernah nampak lebih hebat.
Maklumat dari Air Jordan Shoes HQ.
GIPHY App Key not set. Please check settings