Kambing Panggang Herba | RESEPI

Kambing tidak perlu diperap lama untuk rasa herba yang enak.

0
768
Roasted Lamb Chop

Kambing tidak perlu diperap lama untuk rasa herba yang enak.

Hidangan untuk 4 orang.

RAMUAN

  • 4 ulas besar bawang putih, ditumbuk
  • 1 sudu besar daun thyme segar, ditumbuk
  • 1 sudu besar daun rosemary segar, ditumbuk
  • 2 sudu kecil garam
  • minyak zaitun extra-virgin
  • 6 keping, 1-inci tebal daging kambing batang pinang (atau mana-mana yang sesuai)

PERSEDIAAN

  1. Campurkan 4 ramuan pertama dengan 1 sudu besar minyak zaitun di dalam sebuah mangkuk besar. Masukkan kambing dan lumurkan sehingga rata. Peramkan ia pada suhu bilik selama 30 minit sehingga 1 jam.
  2. Panaskan ketuhar terlebih dahulu sehingga 200°c.
  3. Sementara itu panaskan 1 sudu besar minyak zaitun di dalam kuali yang sesuai untuk ketuhar pada suhu tinggi. Letakkan kambing; masak sehingga keperangan, lebih kurang 3 minit untuk setiap belah.
  4. Pindahkan kuali ke dalam ketuhar dan panggang kambing mengikut citarasa, lebih kurang 10 minit untuk medium rare. Pindahkan kambing ke pinggan, dan biarkan ia rehat selama 3 minit.
  5. Hias dan hidang dengan minuman kegemaran anda.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari