in ,

Anak ‘Membuang’ Dalam Butik Berjenama, Wanita Terpaksa Beli Kasut Elak Diri Kena ‘Banned’ 

Tular satu hantaran yang dimuat naik di TikTok oleh seorang wanita tentang anak lelakinya yang membuang air besar di dalam sebuah butik pakaian berjenama mewah di Singapura.

Menerusi entri yang dibuat, wanita tersebut memaklumkan kejadian tersebut berlaku ketika dirinya dan keluarga pergi ke butik Yves Saint Laurent (YSL) yang terletak di Marina Bay Sands, Singapura.

“Anak saya ‘membuang’ di butik YSL Singapura dan saya sangat panik ketika itu.”

“Suami saya boleh pula gelak dan tangkap gambar momen itu, sangat membantu ya,” ujarnya.

Wanita itu turut berkongsi dia terpaksa mengeluarkan wang membeli sepasang kasut di butik tersebut untuk mengelakkan dirinya daripada ‘disekat’.

“Jadi saya buat keputusan untuk beli sesuatu untuk mengelakkan diri saya kena ‘banned’,” katanya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut  menjelaskan di bahagian komen tentang bagaimana dia menggunakan kira-kira 100 helai tisu bayi untuk membersihkan kotoran yang ditinggalkan anaknya.

“Kepada semua yang bertanya, ya betul saya telah membersihkan semuanya sendiri.

“Saya gunakan kira-kira 100 helai tisu bayi dan menyembur minyak wangi untuk pasti ia kembali bersih dan wangi selepas saya beransur pergi,” kongsinya.

Sekadar info, setakat artiket ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih lebih 1,300,000 tontonan dan hampir 28,000 tanda suka.

Sumber: TikTok

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ruhainies Miliki Beg Tangan Berharga RM65,000, Diperbuat Daripada Kulit Ular Sawa

Raih Anugerah Di Indonesia, Misha Omar Bangga Dengan Kejayaan Ernie Zakri – “Saya Sangat Gembira”