Kalau tahun lalu LahLahLand memperkenalkan konsepnya kepada orang ramai, edisi 2026 kini kembali dengan skala yang lebih besar menerusi gabungan muzik, sneakers, makanan, permainan, sukan, barangan koleksi dan budaya kontemporari.
Berlangsung pada 10 dan 11 Oktober 2026 di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC), LahLahLand 2026 meneruskan legasi SneakerLAH sambil membawa lebih banyak komuniti dan subbudaya ke dalam satu festival.
LahLahLand 2026, festival gaya hidup yang menghimpunkan pelbagai komuniti, jenama dan subbudaya.
APA
Festival dua hari merangkumi sneakers, muzik, makanan, esports, skateboarding, jam tangan, kad dagangan dan budaya kontemporari.
BILA
10 dan 11 Oktober 2026, dari jam 12 tengah hari hingga 10 malam. Pemegang tiket VIP boleh masuk dari jam 10 pagi.
DI MANA
MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC).
MENGAPA
Menghimpunkan komuniti dan subbudaya berbeza dalam satu festival gaya hidup yang lebih besar untuk edisi 2026.
BAGAIMANA
Pengunjung boleh menikmati pelbagai segmen termasuk SneakerLAH, ConcertLAH, EsportsLAH, MakanLAH, SkateLAH, WatchesLAH, CardsLAH dan LariLAH. Tiket Kemasukan Am bermula RM30 untuk prajualan.
Dari Sneakers Hingga Muzik

Segmen yang menjadi titik permulaan LahLahLand, SneakerLAH, kembali dengan kolaborasi terbaharu bersama ASICS menerusi SneakerLAH | ASICS GEL-KAYANO 20 ‘Ais Kacang’.
Keluaran tersebut menjadi kolaborasi kelima SneakerLAH bersama ASICS selepas Nasi Lemak, KLCC, Teh Tarik dan Mamee, dengan inspirasi kali ini diambil daripada pencuci mulut popular rakyat Malaysia.
Bagi peminat muzik pula, ConcertLAH menampilkan barisan artis tempatan daripada pelbagai genre termasuk ikon rock indie Malaysia, Hujan, selain Dannqrack & Eemrun bersama artis jemputan, Sweetass, Kidd Santhe & Friends serta beberapa nama lain.
Turut mengisi program ialah set DJ B2B S4D Habits, Lil Asian Thiccie x I-SKY, Jemput Dengar, Rudeen, Belia Benci Club dan ZÜ.
Esports, Skateboard Dan Larian Pun Ada

LahLahLand 2026 turut memperluaskan pengalaman kepada komuniti permainan video menerusi EsportsLAH, yang menampilkan kejohanan Tekken 8 dan eFootball Mobile.
Bagi peminat sukan jalanan, SkateLAH dibawakan oleh THVSKL dengan pertandingan pertarungan berpasukan dan Best Trick serta sokongan G-SHOCK dan ASH Asia.
Sementara itu, LariLAH menampilkan adidas HyperRelay, sebuah perlumbaan lari berganti-ganti yang menghimpunkan kelab larian seperti adidas Runners KL, Brand New Waves, Journey Run Club dan KJRC, selain beberapa kelab lain.
Dunia Jam Tangan Dan Kad Dagangan

Antara perkara baharu untuk edisi kali ini ialah WatchesLAH, yang membawa budaya jam tangan ke LahLahLand buat pertama kali.
Segmen tersebut menampilkan jenama seperti Hamilton, Casio dan Rado bersama pilihan penjual jam tangan vintaj terpilih, sekali gus memberi ruang kepada pengumpul berpengalaman dan peminat baharu.
CardsLAH Card Party turut membuat kemunculan sulung dengan menghimpunkan penjual, pengumpul dan peminat permainan kad dagangan.
Segmen itu turut menampilkan hasil karya serta penampilan istimewa ilustrator Haru Akasaka.
MakanLAH Kembali Dengan Lebih Banyak Pilihan

Bagi pengunjung yang datang dengan selera besar, MakanLAH dikuasakan oleh Grab Dine Out kembali dengan lebih banyak gerai dan pilihan makanan.
Pengunjung juga boleh menggunakan ciri Book Table untuk mendapatkan tempat duduk eksklusif di kafe pop-up Banglo 289 menerusi kerjasama Grab x Aegis, selain menikmati diskaun sehingga 45 peratus di cawangan terpilih yang mengambil bahagian.
Antara jenama yang terlibat termasuk Banglo 289, La Pane, HWC Coffee, Mad Bebek, Rawtee, Lotteria, AllAce dan myBurgerLab.
Marketplace Pun Diperluaskan

LahLahLand Marketplace tahun ini tampil dengan kerjasama SantaiMaa bagi menghimpunkan pelbagai jenama bebas, pakaian vintaj, aksesori dan barangan koleksi.
Pengunjung turut berpeluang menemui jenama tempatan dan antarabangsa seperti ASICS, Montigo, Kahf, 2TimesToo, Aegis, Against Lab, TNTCO, All Love, Futuremade Studio dan Gote.
Selain itu, hujung minggu tersebut turut diisi dengan kolaborasi eksklusif, pelancaran produk, Influencer Pre-Loved Market, cabutan bertuah serta sesi podcast secara langsung.
VIP Dapat Cenderamata Eksklusif

Buat pemegang tiket VIP, setiap tiket disertakan botol air edisi terhad LahLahLand x Montigo, sepasang stoking edisi terhad LahLahLand x Xocks serta beg tote LahLahLand.
Hanya 300 pasang stoking edisi terhad tersebut tersedia untuk pemegang tiket VIP.
Sementara itu, PayLater by Grab sebagai Rakan Pembayaran Rasmi LahLahLand membolehkan pengguna yang layak membahagikan pembelian kepada sehingga 12 ansuran.
Menurut pengasas SneakerLAH dan LahLahLand, Bryan Chin, perkembangan festival tersebut selepas edisi sulung tahun lalu menjadi sesuatu yang membanggakan.
“Tahun lepas sebenarnya tentang memperkenalkan orang ramai kepada apa yang LahLahLand mampu jadi, jadi melihat ia berkembang dan mula mempunyai jiwanya sendiri tahun ini adalah sesuatu yang amat saya banggakan,” katanya.
“SneakerLAH akan sentiasa menjadi teras kepada apa yang kami lakukan, tetapi LahLahLand telah membolehkan kami menghimpunkan begitu banyak komuniti yang berbeza — sama ada anda meminati sneakers, muzik, makanan, permainan, larian, papan selaju, jam tangan, kad atau sekadar ingin menemui sesuatu yang baharu,” katanya.
Sepanjang dua hari festival, Raj Mahal pula akan bertindak sebagai pengacara rasmi LahLahLand 2026 bagi membimbing pengunjung menerusi pelbagai program yang berlangsung.
LahLahLand 2026 berlangsung dari 12 tengah hari hingga 10 malam pada 10 dan 11 Oktober, manakala pemegang tiket VIP boleh memasuki acara seawal 10 pagi.
Tiket Kemasukan Am ditawarkan pada harga RM30 untuk prajualan, RM100 bagi bundle prajualan empat tiket dan RM50 untuk pembelian di pintu masuk.
Dengan begitu banyak komuniti berkongsi satu ruang, LahLahLand 2026 bukan sekadar festival sneakers tetapi menjadi pertemuan antara muzik, makanan, sukan, permainan, fesyen dan pelbagai budaya kontemporari yang membentuk landskap gaya hidup Malaysia hari ini.


GIPHY App Key not set. Please check settings