in

Konnichiwa! Pavilion Bukit Jalil Bertukar Jadi Jepun, Lebih 120 Gerai Meriahkan JAGAM Matsuri

Pavilion Bukit Jalil sekali lagi bertukar menjadi destinasi bertemakan Jepun menerusi PAVILION x JAGAM Matsuri 2026 yang berlangsung selama tiga hari, sekali gus menutup kempen “Konnichiwa Japan – Together, Here” dengan sambutan meriah.

Berlangsung dari 31 Julai hingga 2 Ogos 2026, festival budaya Jepun itu menghimpunkan pengunjung daripada pelbagai latar belakang menerusi persembahan tradisional, hiburan, pengalaman interaktif, makanan, kraf dan ruang niaga bertemakan Jepun.

BUZZ RINGKAS
APA
PAVILION x JAGAM Matsuri 2026.

LOKASI
Pavilion Bukit Jalil.

TARIKH
31 Julai hingga 2 Ogos 2026.

TARIKAN
Lebih 120 gerai, persembahan budaya Jepun, makanan, kraf, aktiviti interaktif dan hiburan.

ISTIMEWA
KLP48, Kenichi Yamasaki, The Jumpers, Mao Xian, Akiho dan Mr. Cherry antara barisan penghibur.

Edisi Kedua PAVILION x JAGAM Matsuri

Penganjuran kali kedua ini merupakan hasil kerjasama Pavilion Bukit Jalil bersama Japan Graduates’ Association of Malaysia (JAGAM) dengan sokongan Kedutaan Jepun di Malaysia.

Ia turut menjadi kemuncak kepada kempen “Konnichiwa Japan – Together, Here” yang berlangsung selama sebulan dari 1 Julai hingga 2 Ogos 2026.

Kempen tersebut mengubah Pavilion Bukit Jalil menjadi destinasi yang mengetengahkan pelbagai pengalaman berkaitan budaya Jepun, termasuk hidangan, aktiviti interaktif, peluang membeli-belah dan sudut foto.

Lebih 120 Gerai Hidupkan Suasana Jepun

Antara tarikan utama PAVILION x JAGAM Matsuri 2026 ialah Japanese Marketplace di Tingkat 2 yang menampilkan pelbagai produk, makanan serta pengalaman budaya Jepun.

Pengunjung boleh meneroka pilihan seperti snek Jepun asli oleh Shojikiya, Matcha Corner oleh Ohcha Matcha dan The Haven Club, pengalaman Kingyo Scooping, permainan arked Jepun oleh Metapark serta Creative Handcraft Marketplace anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia.

Pada masa sama, Moshi-Moshi Bazaar di PIAZZA, Tingkat 3 menampilkan lebih 120 gerai yang menawarkan makanan jalanan Jepun, pencuci mulut, produk gaya hidup, hasil kraf tangan serta pelbagai pengalaman budaya.

Dari Bon Odori Hingga Persembahan J-Pop

Suasana festival turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan dan aktiviti sepanjang tiga hari penganjuran.

Antara yang menjadi tarikan ialah persembahan kumpulan idola J-pop yang berpangkalan di Malaysia, KLP48, penyanyi dan penulis lagu Jepun Kenichi Yamasaki, kumpulan tarian J-pop The Jumpers, artis cosplay Mao Xian dan Akiho serta pelawak Mr. Cherry.

Pengunjung turut dapat menyaksikan persembahan tradisional Jepun seperti Wadaiko oleh Wadaiko Syo, Tarian Yosakoi oleh Malaysia KL Seiran Matoi & Kobe Seiran Matoi dan Tarian Eisa Okinawa oleh Hirano Kijimuna.

Tidak ketinggalan, Pertunjukan Fesyen Kimono turut menjadi antara acara yang diketengahkan.

Bon Odori pula diadakan setiap hari, memberi peluang kepada pengunjung untuk sama-sama menyertai tarian tradisional Jepun dalam suasana festival yang meriah.

Pelbagai Aktiviti Interaktif Untuk Pengunjung

PAVILION x JAGAM Matsuri 2026 turut menawarkan pengalaman yang membolehkan pengunjung berinteraksi secara langsung dengan budaya Jepun.

Antaranya termasuk Maguro Live Cutting Show yang turut menawarkan sajian percubaan sashimi percuma kepada 500 pengunjung pertama, pengalaman memakai Yukata secara percuma, demonstrasi Masaru Knives Malaysia, The Art of Kimono Kitsuke dan Pertandingan Skit Cosplay.

Turut mencuri perhatian ialah “Tiny Dolls. Unexpected Places”, hasil kerjasama dengan De Institute of Creative Arts and Design (ICAD), UCSI University.

Menerusi aktiviti itu, patung kawaii berpakaian bertemakan Jepun disembunyikan di sekitar pusat beli-belah untuk dicari, dirakam dan dikongsi pengunjung di media sosial.

Pavilion Bukit Jalil Mahu Eratkan Hubungan Malaysia-Jepun

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Runcit, Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd., Dato’ Joyce Yap, PAVILION x JAGAM Matsuri bukan sekadar meraikan budaya Jepun, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan menerusi pertukaran budaya.

“PAVILION x JAGAM Matsuri bukan sekadar meraikan budaya Jepun, tetapi juga hubungan yang terjalin melalui pertukaran budaya ini. Kerjasama tahun kedua kami bersama JAGAM, disokong oleh Kedutaan Jepun di Malaysia, mencerminkan komitmen kami untuk menyatukan komuniti melalui pengalaman yang bermakna. Kami amat menghargai para rakan strategik, penyewa, dan pengunjung yang menjadikan matsuri tahun ini satu lagi sambutan yang amat bermakna,” katanya.

Tiga Pemenang Bawa Pulang Percutian Ke Jepun

Selain pengalaman festival, kempen Konnichiwa Japan – Together, Here turut menawarkan peluang kepada ahli Pavilion Privileges Pavilion Bukit Jalil untuk memenangi pakej percutian ke Jepun.

Menerusi Peraduan Konnichiwa Japan Spend & Win yang berlangsung dari 1 hingga 20 Julai 2026, tiga pemenang bertuah menerima pakej percutian 7 hari 6 malam ke Jepun untuk dua orang, dengan nilai keseluruhan RM80,000.

Pakej tersebut ditaja oleh Joy Paradise dan disampaikan semasa majlis penutup kempen berkenaan.

Dengan kejayaan edisi kedua ini, Pavilion Bukit Jalil terus memperkukuh Konnichiwa Japan – Together, Here sebagai platform tahunan yang meraikan budaya Jepun sambil menyatukan komuniti Malaysia dan Jepun menerusi pengalaman serta pertukaran budaya yang bermakna.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Opinions Are Opinions” – Aisha Retno Jawab Kritikan Busana PGL

“Rezeki Masing-Masing” – Danial Jawab Isu Priority Pass