in ,

“Saya Tak Lari!” Rahim Omar Akhirnya Bersuara Isu Tunggakan Sewa RM7,000

Pelakon veteran Rahim Omar menegaskan beliau tidak akan melarikan diri daripada tanggungjawab melunaskan tunggakan bayaran rumah sewa berjumlah RM7,000, sebaliknya yakin mampu menyelesaikan perkara itu apabila keadaan kewangannya semakin stabil.

Menurut Rahim, 66, peluang pekerjaan yang diterimanya pada tahun ini memberi sinar baharu untuk membina semula ekonomi keluarga selepas melalui tempoh sukar.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Rahim Omar.

APA
Menjelaskan isu tunggakan bayaran rumah sewa sebanyak RM7,000.

BILA
Ketika sidang media Kilauan Emas Selebriti 2026.

DI MANA
Kuala Lumpur.

KENAPA
Menegaskan beliau tidak akan melarikan diri daripada melunaskan tunggakan sewa.

Yakin Mampu Selesaikan Tunggakan

Rahim berkata, dia tidak pernah berniat mengelak daripada membuat bayaran, sebaliknya hanya memerlukan sedikit masa untuk kembali stabil dari segi kewangan.

“Sekarang ini saya baru nak stabilkan semula ekonomi saya sebab ini saya alami kerugian sehingga mencecah RM500,000 tapi saya tak bercerita pada orang.

“Saya yakin isu ini boleh diselesaikan cuma orang itu tak sabar, dia tak faham keadaan kita. Kita bukan suka-suka sebab saya pun sebelum ini tak pernah sesusah itu.

“Tapi saya yakin, dengan rezeki tahun ini — insya-Allah saya akan jumpa dia dan akan selesaikan. Saya tidak lari,” katanya.

Berniat Bayar Secara Berperingkat

Pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu berkata, dia sebenarnya bercadang untuk membuat bayaran secara berperingkat namun terkilan dengan layanan yang diterimanya daripada pemilik rumah.

“Saya sengaja tak nak bayar (penuh). Saya nak bayar sikit-sikit dan pergi jumpa dia, tapi dia sombong.

“Saya datang dari jauh-jauh untuk berjumpa dan menunggu dia tapi cara dia cakap itu agak sombong.

“Dia juga sentiasa menghubungi saya sewaktu saya sedang penggambaran tetapi saya tak layan kerana saya tak ada jawapan. Saya tunggu bila dah ada (jawapan), saya akan cari dia,” ujarnya.

Pernah Berdepan Kesukaran Hidup

Rahim turut mengimbau detik sukar apabila tidak menerima sebarang tawaran kerja sehingga menyukarkannya menyediakan wang tambahan untuk membayar sewa rumah.

“Sebenarnya jumlah tunggakan adalah sebanyak RM7,000. Waktu itu saya memang susah, tak ada kerja dari bulan tujuh tahun lepas.

“Jadi saya duduk di rumah pun anak saya dapat bantuan zakat. Zakat memang bayar setiap bulan RM800 cuma saya kena tambah lagi RM300.

“Tapi masa itu, kalau cerita orang macam tak percaya, RM300 pada saya ketika itu memang susah. Tahun ini alhamdulillah saya semakin stabil,” katanya.

Anggap Semua Ini Sebagai Ujian

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, Rahim memilih untuk reda dan menganggap segala yang berlaku sebagai ujian daripada Allah SWT.

“Demi Allah tak kecewa, saya terima. Saya cakap dengan isteri dan anak supaya bersabar, ini ujian.

“Bagi saya Allah nak uji. Ketika umur saya yang dah berumur macam ini, saya perlu hadap, ini semua aturan Allah, kita terima, insya-Allah,” katanya.

Rahim turut memaklumkan dia kini sudah berpindah ke kediaman lain yang lebih selesa selepas diarahkan keluar dari rumah sewa terdahulu.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Hubungan Syafiq Farhain Dan Adik Kembali Akrab

“Saya Tak Tahu Bila Lagi…” – Siti Nurhaliza Sebak Gema Bumantara Jadi Kenyataan