in ,

“Bercakap Sampai Tak Tahu Letak Full Stop” – Maria Tunku Sabri Jawab Isu Mencelah

Bintang Kilauan Emas Selebriti, Maria Tunku Sabri menjelaskan tindakannya mencelah ketika barisan juri memberikan komen bukan kerana tidak menghormati mereka, sebaliknya mengakui dirinya sememangnya gemar bercakap.

Maria berkata, dia sebenarnya amat menghargai komen daripada barisan juri dan sentiasa mahu mendengar pandangan mereka terhadap persembahannya.

BUZZ RINGKAS

BUKAN TAK HORMAT JURI
Maria Tunku Sabri menafikan tindakannya mencelah ketika juri memberikan komen berpunca daripada sikap tidak menghormati mereka.

MEMANG SUKA BERCAKAP
Maria mengakui sifat gemar bercakap sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada keperibadiannya.

TERBUKA DENGAN KOMEN
Dia malah mengalu-alukan pandangan juri terhadap persembahannya, terutama dari aspek persembahan.

ANGGAP SEBAHAGIAN HIBURAN
Maria melihat interaksi bersama juri sebagai sebahagian daripada elemen hiburan dalam program realiti tersebut.

“Saya tidaklah tidak menghormati juri, saya hormat semua orang terutamanya senior-senior dekat sini, barisan juri termasuk Jihan dan Azmi. Saya kalau boleh nak mereka bagi komen. Saya memang suka dengar apa juri nak cakap.

“Walaupun kita tahu dari segi vokal tu memang tak ada tapi sekurang-kurangnya dari segi persembahan,” katanya lagi.

Maria Tak Mahu Sikapnya Disalah Faham

Mengulas mengenai tindakannya itu, Maria berharap orang ramai tidak menganggap dia sengaja mahu menghalang barisan juri daripada memberikan komen.

Menurutnya, sikap suka bercakap bukan sesuatu yang dibuat-buat, malah sudah sebati dengan dirinya.

“Janganlah marah, sebab apa.. Sebab ini konsep hiburan. Bukannya saya tak nak bagi juri cakap ke apa cumanya saya ni memang orang dah kenal saya suka bercakap.

“Bercakap sahaja sampai tak tahu nak letak full stop dekat mana, in fact awak semua (media) tanya satu soalan pun saya boleh jawab sampai esok pagi. Saya memang suka bercakap bukan saya tak nak bagi juri bercakap.

“Cakaplah, beri komen saya tak kisah tapi saya akan cuba untuk buat bersembang, kalau boleh saya mahu juri pun buat penjurian macam bersembang,” ujarnya.

Maria kini meneruskan saingan dalam Kilauan Emas Selebriti 2026, yang menampilkan Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap, selain juri jemputan berbeza pada setiap minggu.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Keanu Azman Minta Maaf, Akui Masih Banyak Kekurangan

Hampir 20,000 Penyertaan, Pelajar Kuantan Bawa Pulang Kereta RM123,800