Kurang sebulan menjelang penganjurannya, Latihan Pestapora Malaysia 2026 terus menaikkan keterujaan peminat apabila mengumumkan barisan artis Fasa 2 yang melengkapkan senarai persembahan festival muzik rentas budaya itu.
Festival anjuran Hitman Solutions dan Boss Creator yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu bakal menghimpunkan barisan artis terkenal dari Malaysia dan Indonesia dalam satu festival yang meraikan muzik, budaya dan semangat serumpun.

Hitman Solutions dan Boss Creator.
APA
Pengumuman barisan artis Fasa 2 Latihan Pestapora Malaysia 2026.
BILA
Festival berlangsung pada 15 Ogos 2026.
DI MANA
Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
KENAPA
Melengkapkan barisan artis festival muzik rentas budaya Malaysia dan Indonesia.


Lima Nama Baharu Lengkapkan Barisan Artis
Bagi Fasa 2, pihak penganjur mengumumkan penyertaan Tipe-X dan Last Child dari Indonesia, selain Ruffedge, Lah Ahmad, serta DJ Disko Santan & Friends dari Malaysia.
Kehadiran lima nama ini melengkapkan keseluruhan barisan artis festival yang bakal menghiburkan peminat sepanjang acara berlangsung.
Antara yang paling mencuri perhatian ialah kemunculan Last Child yang bakal membuat persembahan pertama mereka di Malaysia, manakala Tipe-X dijangka menghangatkan pentas menerusi deretan lagu ska yang telah menjadi kegemaran peminat selama lebih dua dekad.
Sementara itu, kemunculan Ruffedge dan Lah Ahmad dijangka mengimbau nostalgia peminat muzik tempatan menerusi rangkaian lagu popular yang pernah mewarnai industri muzik tanah air.
DJ Disko Santan & Friends pula bakal melengkapkan suasana festival dengan seleksi muzik yang akan memastikan kemeriahan berterusan sepanjang acara.



Lebih Daripada Sebuah Konsert
Latihan Pestapora Malaysia bukan sekadar menawarkan persembahan muzik, malah menjanjikan pengalaman festival selama 12 jam yang menghimpunkan 15 artis dari Malaysia dan Indonesia.
Sepanjang festival, pengunjung bukan sahaja disajikan dengan persembahan tanpa henti, malah boleh menikmati pelbagai aktiviti sampingan termasuk pilihan makanan dan minuman daripada vendor yang mengambil bahagian.
Bagi meningkatkan keselesaan pengunjung, pihak penganjur turut menyediakan sebotol air mineral percuma kepada setiap pemegang tiket ketika memasuki festival.
Selain itu, stesen “Free Refillable Water” turut disediakan supaya pengunjung boleh mengisi semula air minuman sepanjang acara berlangsung.
Gabungan muzik, makanan, aktiviti serta suasana festival yang penuh warna-warni menjadikan Latihan Pestapora Malaysia 2026 lebih daripada sekadar sebuah konsert.

Tiket Fasa 2 Kini Dijual
Seiring pengumuman artis Fasa 2, jualan tiket kini memasuki kategori General Admission (GA) Phase 2 pada harga RM249.
Bagi pembelian berkumpulan, penganjur turut menawarkan promosi Bundle Pesta, di mana pembelian empat tiket GA Fasa 1 akan menerima satu tiket GA percuma, sekali gus memberi penjimatan kepada peminat yang hadir bersama keluarga atau rakan-rakan.
Kategori tiket tempat duduk juga masih dibuka, namun bilangannya semakin terhad dan orang ramai disaran mendapatkan tiket lebih awal sebelum habis dijual.



GIPHY App Key not set. Please check settings