in

MAGGI® & KPM Berganding Bahu Bentuk Generasi Muda Kuasai Kemahiran Hidup

MAGGI® Schools Secondary Cooking Challenge (MSSCC) 2026 kembali dengan pembaharuan apabila memperkenalkan dua kategori pertandingan baharu bagi memberi peluang lebih adil kepada murid sekolah menengah untuk bersaing mengikut kumpulan umur masing-masing.

Buat pertama kali, pertandingan itu dibahagikan kepada kategori Menengah Rendah dan Menengah Atas, sebelum juara dari setiap negeri berentap di pentas akhir kebangsaan.

Pertandingan peringkat negeri akan berlangsung di kesemua 16 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai murid menyertai pertandingan yang telah melahirkan ramai bakat muda dalam bidang masakan sejak hampir tiga dekad lalu.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
MAGGI® Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

APA
Penganjuran MAGGI® Schools Secondary Cooking Challenge 2026.

BILA
Tahun 2026.

DI MANA
Di seluruh Malaysia melibatkan semua negeri termasuk Putrajaya dan Labuan.

KENAPA
Memupuk kemahiran memasak, pemakanan sihat dan kemahiran hidup dalam kalangan murid.

Kerjasama Dengan KPM Perluaskan Capaian

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols, berkata kerjasama strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi satu lagi langkah penting dalam memperluaskan manfaat program kepada lebih ramai murid di seluruh negara.

“Selama hampir tiga dekad, MAGGI® berbangga dapat mendidik dan melengkapkan generasi muda Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran yang membantu mereka membina keyakinan diri serta kemahiran hidup yang bernilai melalui aktiviti memasak,” katanya.

Menurut beliau, penyediaan makanan bukan sekadar menghasilkan hidangan, malah menjadi platform membina kemahiran seperti kerja berpasukan, disiplin, kreativiti dan penyelesaian masalah yang penting untuk kehidupan.

Angkat Legasi Masakan Malaysia

Mengangkat tema “Penerus Legasi Citarasa Moden”, pertandingan tahun ini memberi peluang kepada murid meneroka semula kekayaan warisan kulinari Malaysia sambil menyesuaikannya dengan citarasa dan gaya hidup generasi masa kini.

Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura, Ivy Tan Link Cheh, berkata memasak merupakan kemahiran hidup yang mampu membentuk nilai penting dalam diri seseorang.

“Di MAGGI®, kami sentiasa percaya bahawa memasak bukan sekadar menyediakan hidangan. Ia mengajar perancangan, kreativiti, tanggungjawab dan keprihatinan terhadap orang lain,” katanya.

Beliau berkata nilai-nilai tersebut menjadi asas kepada MSSCC sejak pertandingan itu diperkenalkan dan terus menjadi panduan kepada perkembangan program sehingga hari ini.

Tekankan Pemakanan Seimbang

Selain menguji kreativiti peserta, pertandingan itu turut menjadikan konsep Suku-Suku-Separuh sebagai antara kriteria utama penilaian.

Melalui pendekatan Pinggan Sihat Malaysia yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia, peserta didedahkan kepada cara menyediakan hidangan seimbang sambil mengaplikasikan pengetahuan pemakanan menerusi pengalaman memasak secara praktikal.

Inisiatif itu juga selaras dengan komitmen berterusan MAGGI® untuk menggalakkan amalan memasak dan pemakanan yang lebih sihat dalam kalangan keluarga Malaysia.

Bina Kemahiran Untuk Masa Depan

MSSCC bukan sahaja memberi pendedahan kepada teknik penyediaan makanan dan keselamatan makanan, malah membantu murid menguasai kemahiran sepanjang hayat seperti kepimpinan, komunikasi, disiplin, daya tahan, kreativiti dan kebolehan menyelesaikan masalah.

Kemahiran ini diharap dapat dimanfaatkan oleh peserta bukan sahaja ketika berada di dapur, malah di sekolah, alam pekerjaan dan kehidupan seharian pada masa hadapan.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

90 Tahun Bersama Malaysia! Coca-Cola Rai Dua Pencapaian Besar