in

Goodday Milk Factory Meriah Dengan SlyBear Scary Good Fest 2026

Daripada pengalaman rumah hantu yang mendebarkan hingga pertandingan Beyblade yang kompetitif, SlyBear Scary Good Fest 2026 menghimpunkan peminat permainan video, pengumpul hobi dan keluarga selama tiga hari di The Goodday Milk Factory, Petaling Jaya.

Festival yang berlangsung dari 23 hingga 25 Oktober itu dianjurkan oleh Goodday Milk dengan kerjasama SlyBear Eatery Sdn. Bhd. serta Topcom Sdn. Bhd./Pulse Project Asia. Acara berkenaan mengubah destinasi gaya hidup seluas lima ekar itu menjadi ruang pertemuan komuniti dengan pelbagai hiburan dan aktiviti untuk pengunjung daripada pelbagai peringkat umur.

BUZZ RINGKAS


SIAPA: Goodday Milk bersama SlyBear Eatery Sdn. Bhd. dan Topcom Sdn. Bhd./Pulse Project Asia.

APA: SlyBear Scary Good Fest 2026 yang menghimpunkan pelbagai aktiviti hiburan, permainan dan hobi.

BILA: 23 hingga 25 Oktober 2026.

DI MANA: The Goodday Milk Factory, Petaling Jaya.

MENGAPA: Menghimpunkan komuniti berlainan minat dan generasi menerusi pengalaman bersama.

BAGAIMANA: Menerusi rumah hantu, kejohanan esports, pertandingan Beyblade, aktiviti seni, pasar hobi dan permainan karnival.

Pelbagai Tarikan Untuk Pengunjung

Antara tarikan utama festival ialah rumah hantu dan Cursed Royal Carriage yang menawarkan pengalaman mendebarkan kepada pengunjung.

Peminat permainan video pula berpeluang menguji kemahiran menerusi kejohanan esports yang menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM2,300.

Bagi peminat Beyblade X, pertandingan turut dianjurkan dengan kerjasama Warung Hobi dan WAIBBA. Pengunjung juga berpeluang menyertai sesi bimbingan khas bersama Akmal, juara G1 Malaysia 2025 yang mewakili negara di Kejohanan Dunia, serta Tito O.

Dalam masa sama, pertandingan seni untuk kanak-kanak berusia enam hingga 16 tahun memberi ruang kepada peserta menunjukkan kreativiti melalui inspirasi daripada kartun, komik, adiwira, anime dan budaya popular.

Satukan Komuniti Menerusi Pengalaman Bersama

Penganjuran festival itu selari dengan visi The Goodday Milk Factory sebagai destinasi gaya hidup yang menghubungkan individu, idea dan komuniti menerusi pengalaman bersama.

“Goodday sentiasa percaya bahawa menjalani kehidupan sihat sepatutnya mudah, namun kehidupan sihat pada hari ini melangkaui aspek pemakanan. Ia juga tentang menyatukan orang ramai, membina hubungan dan mewujudkan pengalaman yang memperkayakan kehidupan seharian. Itulah visi di sebalik The Goodday Milk Factory, sebuah ruang yang menghimpunkan hari-hari yang bermakna,” kata Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Amy Gan.

Menurutnya, kerjasama seperti SlyBear Scary Good Fest diharap dapat terus membuka ruang kepada komuniti dengan minat dan latar generasi berbeza untuk berkumpul.

“Ia memberi peluang kepada Goodday untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia di luar rumah mereka, sambil menyokong penganjur yang membawa pengalaman baharu dan bermakna kepada komuniti,” katanya.

Festival berkenaan turut menambah kepelbagaian acara komuniti yang berlangsung di The Goodday Milk Factory, selain menunjukkan potensi kerjasama dengan penganjur untuk menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia meneroka minat dan berhubung antara satu sama lain.

Bermula Sebagai Acara Komuniti Kecil

Menurut Pengasas Bersama merangkap Ketua Cef SlyBear Eatery Sdn. Bhd., Sid Ng, acara yang pada awalnya dirancang sebagai program komuniti kecil berkembang menjadi festival selama tiga hari hasil keterujaan pihak yang terlibat.

“Apa yang bermula sebagai perancangan untuk sebuah acara komuniti kecil akhirnya menjadi festival tiga hari kerana semua pihak yang bekerjasama dengan kami begitu teruja. Kami berbesar hati melihat rakan kongsi, kolaborator dan komuniti yang kami santuni begitu bersemangat untuk berkumpul demi satu sama lain.

“Sebab itulah acara ini menawarkan kemasukan PERCUMA kepada semua, dengan pengalaman tertentu dikenakan bayaran. Selagi ada makanan yang sedap, keseronokan dan orang yang baik di sekeliling kami, kami berharap ini menjadi festival pertama daripada banyak lagi yang akan datang,” katanya.

Pasar Hobi, Permainan Karnival dan Peluang Menang Hadiah

Selain tarikan utama, pengunjung turut berpeluang memenangi barangan, koleksi dan hadiah menerusi aktiviti festival, pertandingan serta cabutan bertuah.

Mereka yang membeli hidangan terpilih bersama Goodday Milk atau Pepsi juga boleh menyertai aktiviti Spin & Win untuk memenangi hadiah segera dan berpeluang memasuki cabutan bertuah.

Festival itu turut disertai jenama dan rakan komuniti termasuk Goodday Charge, Pepsi, U Mobile, Famous Amos, Warung Hobi serta Persekutuan Esukan Malaysia.

Pengunjung juga boleh meneroka pasar hobi yang menampilkan kad koleksi, permainan dan barangan koleksi, selain menikmati permainan karnival, pengalaman interaktif jenama serta pelbagai pilihan makanan dan minuman.

Aktiviti Official Stamp & Win Postcard pula menggalakkan pengunjung meneroka zon festival dan menyertai aktiviti terpilih bagi mendapatkan peluang memenangi hadiah.

SlyBear Scary Good Fest 2026 bukan sahaja menawarkan hiburan melalui tarikan seram dan pertandingan, malah menjadi ruang untuk keluarga serta komuniti berkongsi minat dalam suasana santai. Orang ramai boleh mengikuti Instagram dan Facebook The Goodday Milk Factory untuk mendapatkan maklumat mengenai acara dan aktiviti akan datang.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Selepas Lebih 20 Tahun Menyepi, Teacher’s Pet Kembali Dengan Kisah Penuh Makna

17 Pertarungan, 17 Pemenang! All Star Championship 2026 Tarik Lebih 700 Pengunjung