rock legenda Amerika Syarikat, SteelHeart, kembali mengubat kerinduan peminat apabila melancarkan single terbaharu berjudul Without You.
Lebih mengejutkan, lagu tersebut sebenarnya telah dirakam hampir 30 tahun lalu, namun hanya kini diperdengarkan kepada umum.
SteelHeart.
APA
Melancarkan single baharu berjudul Without You yang disimpan hampir 30 tahun sebelum diterbitkan.
BILA
Julai 2026.
DI MANA
Semua platform penstriman digital.
KENAPA
Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-30 legasi SteelHeart dan hadiah buat peminat.

Rakaman Disimpan Hampir 30 Tahun
Menurut vokalis SteelHeart, Miljenko Matijevic, karya tersebut mula dirakam sekitar tahun 1996, namun beliau memilih untuk menyimpannya sehingga tiba masa yang sesuai untuk dikongsikan kepada peminat.
“Saya menunggu hampir 30 tahun untuk berkongsi versi Without You ini. Daripada era pita kaset dan CD sehinggalah ke dunia digital hari ini. Patah hati tidak pernah kedengaran seindah ini,” katanya.
Lagu tersebut turut diperkaya dengan iringan orkestra melibatkan 40 pemuzik, sekali gus menjadikannya antara persembahan vokal paling emosional sepanjang karier Miljenko.

Malaysia Antara Pasaran Terbesar SteelHeart
Nama SteelHeart sememangnya cukup dekat di hati peminat muzik rock tempatan.
Malah, Malaysia kekal menjadi antara pasaran terbesar kumpulan itu di Asia Tenggara bersama Indonesia dan Filipina.
Lagu She’s Gone pula terus mencipta fenomena apabila merekodkan lebih 278 juta penstriman di Spotify, sekali gus membuktikan popularitinya masih utuh sehingga hari ini.

Kembali Tarik Generasi Baharu
Pelancaran Without You turut mendapat perhatian di media sosial apabila sedutan rasmi lagu tersebut mula digunakan oleh pencipta kandungan dari seluruh Asia Tenggara di TikTok.
Video muzik rasmi lagu itu pula dijadual ditayangkan pada 16 Julai 2026 menerusi saluran YouTube rasmi SteelHeart, dengan Miljenko sendiri akan bersama peminat ketika tayangan perdana serta mengadakan sesi soal jawab secara langsung.
Pelancaran ini menjadi sebahagian daripada kempen SteelHeart 30, sempena meraikan legasi album sulung kumpulan tersebut yang pernah menerima pengiktirafan Platinum.


GIPHY App Key not set. Please check settings