in

CASA Ataraxia, Program Gergasi 560 Pelajar UiTM

Seramai 560 pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana berganding bahu menjayakan CASA Ataraxia: Calm Minds, Creative Hearts, sebuah program berskala industri yang dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Julai 2026 di Dewan Serbaguna Kolej Jasmine (DSG) itu merupakan projek penilaian akhir bagi pelajar Program Pengurusan Industri Kreatif (Pengurusan Seni).

Menariknya, keseluruhan konsep, perancangan dan pelaksanaan acara tersebut dikendalikan sendiri oleh pelajar, sekali gus membuktikan kemampuan mereka mengurus sebuah program berskala besar sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

BUZZ RINGKAS

APA
Program CASA Ataraxia: Calm Minds, Creative Hearts.

SIAPA
560 pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM.

BILA
2 hingga 4 Julai 2026.

DI MANA
Dewan Serbaguna Kolej Jasmine, UiTM Puncak Perdana.

TARIKAN
Pelbagai aktiviti kreatif, akademik dan industri.

MATLAMAT
Melatih pelajar mengendalikan program bertaraf industri.

Lebih Daripada Sekadar Tugasan Akademik

Walaupun berstatus projek penilaian akhir, CASA Ataraxia tampil dengan pendekatan yang lebih santai, segar dan dekat dengan masyarakat.

Mengangkat tema Calm Minds, Creative Hearts, program tersebut memberi fokus kepada kepentingan kesejahteraan emosi dan ketenangan minda dalam membantu individu berfikir secara lebih positif ketika merancang masa depan.

Selain menjadi medan pembelajaran, CASA Ataraxia turut membuka peluang kepada pelajar merasai sendiri pengalaman sebenar mengurus acara bertaraf industri.

Gabungan Kreativiti Dan Pembelajaran

Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung termasuk program berbentuk akademik, seni, kesihatan dan pembangunan diri.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung ialah:

  • Perasmian CASA Ataraxia & Majlis Anugerah Dekan: Citra Ambisi
  • Unspoken Feelings: Expressing Emotion Beyond Words
  • Forestale Zumba: Feel The Beat, Lead The Soul
  • Pameran Potong Kaki
  • IndustryMeet@CASA
  • Colours of Emotion: Expressing Feelings Through Colour
  • Sound of Healing: Night of Music & Reflection
  • Bicara Suara Karsa
  • Micsquerade Night
  • Move, Heal, Repeat: Music Heals What Words Can’t

Program tersebut turut dibuka kepada orang ramai yang ingin merasai pengalaman bersama komuniti pelajar kreatif UiTM.

Platform Persediaan Ke Dunia Industri

Menurut Pengarah Projek yang juga Pensyarah Kanan FiTA, Puan Kenchana Wati Md Yusof, CASA Ataraxia diwujudkan sebagai platform pembelajaran praktikal yang memberi peluang kepada pelajar mengendalikan program berskala besar secara langsung.

Beliau berkata konsep Ataraxia yang diketengahkan melambangkan ketenangan dan kestabilan emosi, selain menggalakkan masyarakat memberi perhatian terhadap kesejahteraan diri dalam mendepani cabaran kehidupan moden.

“Program ini bukan sahaja memberi pengalaman sebenar kepada pelajar dalam mengurus acara berskala besar, malah membantu mereka memahami realiti industri yang bakal ditempuhi selepas tamat pengajian,” katanya.

Bukti Keupayaan Generasi Kreatif Baharu

Penganjuran CASA Ataraxia membuktikan bahawa pelajar bukan sahaja mampu menguasai teori di bilik kuliah, malah berupaya menterjemahkan ilmu tersebut kepada pelaksanaan projek sebenar yang memberi impak kepada masyarakat.

Dengan penglibatan ratusan pelajar dan pelbagai aktiviti yang dirancang, program ini menjadi bukti bahawa generasi kreatif baharu mempunyai potensi besar untuk memimpin industri kreatif negara pada masa hadapan.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Citrawarna 2026 Jadikan Dataran Merdeka Pesta Budaya Gergasi!

Eda Ezrin, Rosalinda & Adik Waniey Berkumpul! Sek Kito Tawan Kuala Lumpur