Jika suatu ketika dahulu muzik Pantai Timur hanya popular di negeri-negeri sebelah Pantai Timur, situasinya kini jauh berbeza.
Lagu-lagu dialek Kelantan semakin mendapat tempat di seluruh negara, malah ramai artis dari negeri itu berjaya mencipta fenomena tersendiri di media sosial dengan jutaan tontonan dan pengikut yang setia.
Kini, fenomena tersebut bakal dibawa ke pentas lebih besar menerusi Kelate Ke KL 2026 yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Ogos depan.
Eda Ezrin, Rosalinda, Adik Waniey dan artis Pantai Timur lain.
APA
Kelate Ke KL 2026.
BILA
29 Ogos 2026.
DI MANA
Zepp Kuala Lumpur.
MENGAPA
Meraikan fenomena muzik Pantai Timur yang semakin berkembang.
BAGAIMANA
Dengan menghimpunkan artis popular Kelantan dalam satu malam istimewa.
Dari TikTok Ke Pentas Zepp
Apa yang menarik, konsert ini menghimpunkan beberapa nama yang sering menjadi sebutan peminat muzik Pantai Timur.
Antaranya Eda Ezrin, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Den Manjo, Fendi Kenali dan Aris Capella.
Gabungan nama-nama ini menjadikan Kelate Ke KL lebih daripada sekadar sebuah konsert biasa kerana ia menyatukan artis yang mempunyai pengaruh besar dalam komuniti muzik Pantai Timur masa kini.

Muzik Dialek Semakin Diterima
Kejayaan ramai artis Kelantan membuktikan muzik berbahasa dialek kini semakin diterima oleh pendengar di seluruh negara.
Apa yang dahulunya dianggap niche kini berjaya menembusi pelbagai lapisan masyarakat menerusi platform digital seperti TikTok, YouTube dan Facebook.
Fenomena itu secara tidak langsung membuka ruang kepada lebih banyak karya tempatan untuk berkembang ke peringkat yang lebih luas.
Lebih Daripada Sekadar Hiburan
Menurut Pengarah Projek Kelate Ke KL 2026, Mas Ayie Mas Omar, acara ini diwujudkan bagi meraikan identiti, seni dan budaya Kelantan.
Selain persembahan muzik, beberapa pengisian budaya serta kejutan khas turut dijangka diumumkan menjelang acara berlangsung.
Penganjur turut memberi bayangan bahawa lebih banyak nama dan pengumuman menarik akan dikongsikan dalam masa terdekat.
Maklumat Tiket Akan Diumumkan
Kelate Ke KL 2026 akan berlangsung pada 29 Ogos 2026 di Zepp Kuala Lumpur.
Konsert ini dianjurkan oleh Natriya Enterprise, Irama Entertainment dan Ikarl Project.
Maklumat jualan tiket akan diumumkan dalam masa terdekat dan tiket rasmi akan dijual secara eksklusif menerusi Illaso.com.my.



GIPHY App Key not set. Please check settings