Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 bakal kembali sebagai antara festival jualan dan gaya hidup Aidilfitri terbesar di Selangor apabila dianjurkan selama 96 jam tanpa henti dari 12 hingga 16 Mac 2026 di Hall 1 dan Hall 2, Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam.
Penganjuran edisi kedua ini bukan sahaja menyasarkan kemeriahan sambutan Aidilfitri, malah berperanan sebagai platform memperkasa usahawan tempatan dan menyokong pertumbuhan ekonomi komuniti di Selangor. Festival ini dianjurkan dengan jalinan kerjasama Pejabat Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, selaras dengan agenda pembangunan keusahawanan negeri.
Majlis pelancaran festival ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, sekali gus menandakan sokongan kerajaan negeri terhadap penganjuran acara berimpak tinggi berteraskan komuniti.

Havoc Event & Management Sdn. Bhd.
APA
Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026.
BILA
12 hingga 16 Mac 2026 (96 jam tanpa henti).
DI MANA
Hall 1 & 2, Setia City Convention Centre, Setia Alam.
MENGAPA
Menjadi platform persiapan Aidilfitri dan sokongan usahawan tempatan.
BAGAIMANA
Melalui festival jualan, hiburan, aktiviti keagamaan dan komuniti.
Konsep “Havoc-nya Raya di Kampung”
Dianjurkan oleh Havoc Event & Management Sdn. Bhd., penganjur tempatan berpengalaman dalam penganjuran karnival berskala besar di Malaysia dan Brunei, Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 mengangkat tema “Havoc-nya Raya di Kampung”.

Konsep ini menggabungkan elemen tradisional dan moden bagi mewujudkan suasana Raya yang nostalgik, meriah dan mesra keluarga. Festival ini menampilkan penyertaan lebih 200 vendor, merangkumi jualan persiapan Raya, bazar berbuka puasa, sesi happy hour sale, serta pelbagai aktiviti interaktif untuk semua peringkat umur.
Hiburan, Keagamaan & Aktiviti Keluarga
Selain jualan dan gaya hidup, festival ini turut dimeriahkan dengan persembahan pentas, kehadiran artis serta pempengaruh, aktiviti kanak-kanak, dan pengisian keagamaan. Antara program yang dirancang termasuk buka puasa beramai-ramai, solat tarawih, serta bersahur bersama, menjadikan festival ini sebuah pengalaman Aidilfitri yang menyeluruh.

Bagi menambah tarikan, pihak penganjur turut menyediakan Cabutan Bertuah khas untuk pengunjung yang berbelanja di festival, dengan hadiah utama berupa sebuah kereta, selain pelbagai hadiah menarik lain sepanjang tempoh penganjuran.
Barisan Pengacara Popular
Sebagai antara tarikan utama, Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 akan dikemudi oleh barisan pengacara popular tanah air iaitu Fad Bocey, Sharif Zero, Danial Zaini, serta gandingan Epul dan Talam. Kehadiran mereka dijangka menambah kemeriahan dan menceriakan pengalaman pengunjung sepanjang festival berlangsung.
Menurut Dato’ Muhammad Firdaus Nadxaman dan Faizul Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Havoc Event & Management Sdn. Bhd., penganjuran festival ini bertujuan menyediakan platform berimpak tinggi yang merangkumi elemen hiburan, keagamaan, kekeluargaan dan keusahawanan dalam satu pengalaman Raya yang lengkap.



GIPHY App Key not set. Please check settings