SHAH ALAM – Pentas minggu kelapan Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) berlangsung penuh debaran apabila Iskandar Ismail berjaya merangkul kedudukan teratas dengan markah tertinggi selepas mempersembahkan lagu Golimar dengan penuh yakin dan bertenaga.

Persembahan Iskandar dilihat konsisten dari segi vokal, sebutan serta kawalan pentas, sekali gus meyakinkan juri untuk meletakkannya di puncak carta minggu ini.
- Krisya hampir tersingkir dengan markah 56.50%
- Shae turut berada di zon bahaya
- Mendua terima standing ovation daripada Hetty
- Nessun Dorma dianggap persembahan paling mencabar malam itu
- Iskandar Ismail muncul juara minggu ke-8
- Juri tekankan kepentingan karakter lagu
- Genre ‘pelik’ uji fleksibiliti peserta
- Persaingan semakin sengit menuju minggu 9
Namun, perhatian penonton turut tertumpu kepada Krisya dan Shae yang berada di kedudukan tercorot apabila masing-masing hanya mengumpul 56.50 peratus, sekali gus mencetuskan suasana cemas menjelang pengumuman keputusan penuh.

Sementara itu, Mendua mencuri perhatian apabila tampil berani membawakan Nessun Dorma, sebuah lagu berstatus ‘high risk’.
Persembahan tersebut bukan sahaja menerima pujian juri malah turut menyaksikan Hetty Koes Endang bangun memberikan standing ovation, menjadikan mereka peserta kedua terbaik minggu ini.

Nubhan pula mengekalkan momentumnya apabila berada di kedudukan ketiga dengan persembahan berkarakter dalam lagi Cikcak, sekali gus membuktikan keupayaannya menyesuaikan diri dengan pelbagai genre sepanjang pertandingan.

Keputusan Penuh – Minggu Kelapan GV12
1. Iskandar Ismail – 74.50%
2. Mendua – 72.75%
3. Nubhan – 71.50%
4. Freshies – 66.00%
5. Mell Sakura – 65.00%
6. Mark Adam – 64.75%
7. Ruri Repvblik – 62.25%
8. Shae – 56.50%
9. Krisya – 56.50%
Musim ke-12 ini terus menghangatkan persaingan dengan penyertaan lintas negara melibatkan Malaysia, Indonesia dan Singapura, menjadikan setiap minggu penuh kejutan dan perdebatan peminat.

Gegar Vaganza 12 dikemudikan oleh hos popular Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, dan bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (104) serta boleh distrim menerusi Astro GO dan Sooka.



GIPHY App Key not set. Please check settings