in

Minggu Tanpa Penyingkiran! Iskandar Kekal Di Puncak, Markah Tertinggi Minggu Kelima

Iskandar raih tempat pertama pada minggu 5

SHAH ALAM, 30 November 2025 – Konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) berlangsung penuh meriah apabila tiada peserta disingkirkan, sekali gus menyaksikan semua 11 bintang mara ke minggu seterusnya.

Pada malam bertemakan ‘R&R (Rare & Random)’, peserta Singapura, Iskandar Ismail, sekali lagi membuktikan konsistensi luar biasa apabila menduduki tangga teratas dengan markah tertinggi melalui persembahan energinya menerusi lagu Kelentang Kelentong (Hael Husaini).

Iskandar Ismail dengan lagu Kelentang Kelentong telah menjadikannya raih tempat pertama pada minggu 5.
Ringkasan Minggu Kelima GV12
  • Tiada penyingkiran diumumkan minggu ini.
  • Iskandar Ismail kekal di tempat pertama.
  • Mendua berada di kedudukan kedua.
  • Nubhan mengekalkan momentum di tempat ketiga.
  • Tiga terbawah: Mell Sakura, Shae dan Rahmat Ekamatra.
  • Iskandar menangi Anugerah Adabi Ada Beats RM5,000.
  • Barisan juri: Ramli MS, Syafinaz Selamat & Hetty Koes Endang.
  • GV12 bersiaran dari MBSA Shah Alam setiap Ahad jam 9 malam.

Iskandar turut menerima Anugerah Adabi Ada Beats bernilai RM5,000 sebagai pengiktirafan terhadap penguasaan pentas dan kreativiti persembahannya minggu ini.

Mendua walaupun berdua masih berjaya berada diantara kedudukan tertinggi.

Sementara itu, trio Mendua yang membawakan lagu P.U.S.P.A (ST12) mengekori rapat di tempat kedua, manakala Nubhan pula mempersembahkan vokal yang mantap menerusi It’s Gonna Be Me hingga melayakkan dirinya berada di kedudukan ketiga.

Nubhan juga berjaya kekal di berada di TOP3 dengan lagu It’s Gonna Be Me.

Tiga peserta yang menghuni kedudukan terbawah minggu ini ialah Mell Sakura, Shae dan Rahmat Ekamatra.

Mell Sakura pertama sekali berada di tiga terendah.

Bagaimanapun, Rahmat menarik nafas lega apabila juri mengumumkan bahawa tiada penyingkiran dilakukan bagi memberi peluang kepada semua peserta memperbaiki persembahan masing-masing di minggu keenam.

Rahmat dan Shae akhirnya selamat dari tersingkir dan berjaya ke minggu hadapan.

Kedudukan Penuh – Minggu Kelima GV12

Iskandar Ismail – 74.50%

Mendua – 67.25%

Nubhan – 67.25%

Korie – 66.25%

Ruri Repvblik – 65.25%

Freshies – 65.00%

Mark Adam – 64.50%

Krisya – 63.75%

Mell Sakura – 63.50%

Shae – 59.50%

Rahmat Ekamatra – 56.00%

Musim kali ini menampilkan barisan peserta dari tiga negara, termasuk Malaysia dengan penyertaan Mark Adam, Krisya, Nubhan, Mell Sakura, Korie serta duo Freshies, manakala Indonesia mempertaruhkan Shae, Ruri Repvblik dan kumpulan Mendua.

Singapura pula sekali lagi meletakkan harapan pada Iskandar Ismail yang kini menjadi antara peserta paling menonjol di pentas GV12.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, GV12 diterajui barisan juri profesional terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Program ini turut dikemudikan oleh hos serasi, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, yang menambah warna pada malam konsert.

GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria, selain boleh distrim menerusi Astro GO dan sooka.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Kamal Adli di Jakel

Rezeki Tak Pernah Putus, Tapi 2025 Tetap Tahun Paling Berat – Kamal Adli

Bulan Bintang Hadiahkan Umrah RM250k, 23 Pemenang Terbang Sekaligus, Warganet Ramai Sebak