in

Elaine Kang & Shy8 Akhiri Saingan, Iskandar Raih Markah Tertinggi GV12

Iskandar juara minggu ke empat GV12

SHAH ALAM – Minggu keempat Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) berlangsung dengan penuh dramatik apabila dua peserta, Datuk Elaine Kang dan Shy8, diumum tersingkir selepas persembahan mereka gagal menempatkan diri di kedudukan selamat.

Pada masa yang sama, peserta Singapura, Iskandar Ismail, terus menunjukkan dominasi apabila muncul sebagai peserta terbaik minggu ini dengan markah keseluruhan 84.25%, hasil persembahan bertenaga dan kawalan vokal mantap yang nyata meyakinkan barisan juri.

Iskandar Ismail mendapat markah tertinggi pada minggu ke empat.
Ringkasan GV12 Minggu Ke-4
• Elaine Kang dan Shy8 diumumkan tersingkir pada minggu keempat.
• Kedua-duanya menerima keputusan dengan penuh profesionalisme.
• Iskandar Ismail menduduki tangga teratas dengan 84.25%.
• Musim ini menampilkan 13 peserta dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
• Shy8 merupakan peserta wildcard bagi GV12.
• Barisan juri diketuai Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz.
• Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad kekal sebagai pengacara.
• GV12 bersiaran langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria.

Sementara itu, Nubhan terus mengekalkan momentumnya apabila sekali lagi berada di kedudukan kedua dengan markah 78.25%, diikuti Krisya ke tempat ketiga melalui persembahan stabil dengan markah 69%.

Persembahan yang memukau dari Nubhan dan duetnya bersama Mawi.

Namun, nasib kurang menyebelahi Shy8 dan Datuk Elaine Kang yang berada di dua kedudukan terbawah minggu ini, sekaligus menghentikan perjalanan mereka di pentas GV12.

Shy8 dan Dato Elaine Kang terpaksa meninggalkan Gegar Vaganza minggu ini.

Kedudukan Penuh – Minggu Keempat GV12

Iskandar Ismail – 84.25%

Nubhan – 78.25%

Krisya – 69.00%

Mendua – 68.25%

Mark Adam – 66.25%

Shae – 65.75%

Mell Sakura – 65.50%

Ruri Repvblik – 64.25%

Freshies – 63.25%

Rahmat Ekamatra – 61.50%

Korie – 57.00%

Shy8 – 52.00%

Datuk Elaine Kang – 46.75%

Persembahan terakhir Dato Elaine Kang dengan bajunya yang penuh labubu.

Musim kali ini menghimpunkan 13 bintang merangkumi peserta Malaysia seperti Nubhan, Mark Adam, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura serta duo Freshies (Ejie dan Shima).

Persembahan terakhir Shy8 bersama Farahdhiya

Dari Indonesia, pentas GV12 turut disertai Shae, Ruri Repvblik dan trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana), manakala Singapura mempertaruhkan kehebatan vokal Iskandar Ismail yang kini menjadi tumpuan peminat.

Barisan juri kekal diterajui Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang, manakala pentas terus dikendalikan oleh pasangan hos popular, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

GV12 bersiaran langsung dari MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (saluran 104), dengan persaingan yang dijangka semakin sengit menjelang minggu seterusnya.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Coco Cado bersama Khai Bahar

Khai Bahar Kini Duta Rasmi Coco Cado, Produk Baharu Sedia Curi Hati

8 Perkara Yang Buat 40 Sahaja Meletup: Dari Curang Sampai Lelaki Misteri