in

42 Hari Penuh Magis! Genting Winter Wonderland 2025 Janjikan Hujung Tahun Paling Magikal

Resorts World Genting sekali lagi membuktikan statusnya sebagai destinasi percutian ikonik apabila menghidupkan suasana hujung tahun menerusi Genting Winter Wonderland 2025, sebuah festival bermusim yang menyatukan hiburan, cahaya, muzik dan semangat memberi dalam satu pengalaman penuh magis.

Salji di Genting

Bermula 21 November 2025 hingga 1 Januari 2026, acara selama 42 hari ini menyaksikan kawasan Genting Highlands berubah menjadi dunia musim sejuk yang dipenuhi dekorasi berkilauan, persembahan pentas, salji buatan dan sambutan perayaan untuk semua lapisan usia.

❄️ Genting Winter Wonderland 2025
  • Resorts World Genting meraikan musim hujung tahun dengan festival 42 hari penuh cahaya & hiburan.
  • Kimhua Atrium menjadi pusat acara dengan persembahan harian dan dekorasi bertema musim sejuk.
  • Watak Krismas, koir dan ventriloquism khas memeriahkan sambutan Disember.
  • Kempen Gift Bank berjaya mengumpul 160 hadiah untuk kanak-kanak rumah kebajikan.
  • MINISO bekerjasama bagi memudahkan penyertaan orang ramai dalam aktiviti memberi.
  • Liberty Lane dan Gohtong Way tawarkan hiburan percuma, makanan dan salji buatan.
  • Countdown Krismas dan Tahun Baharu diserikan DJ, muzik dan pertunjukan laser.
  • Festival berlangsung dari 21 November 2025 hingga 1 Januari 2026.

Kemeriahan utama tertumpu di Kimhua Atrium, yang setiap hari dihidupkan dengan persembahan tarian bermula 21 November.

Menjelang 19 Disember, pentas menjadi semakin meriah dengan kemunculan watak ceria seperti Jolly Jumbos & The Twinkles, The Enchanted Noel, koir Krismas serta persembahan ventriloquism khas pada 24, 25 dan 31 Disember.

Antara persembahan yang disediakan

Ruang ini turut dihiasi karusel gergasi, timbunan hadiah dan pokok Krismas berkilauan yang menjadikannya lokasi wajib untuk foto kenangan pengunjung.

Tidak hanya meraikan hiburan, Resorts World Genting turut membawa mesej keprihatinan menerusi kempen Gift Bank, yang berjaya mengumpul 160 hadiah sejak dilancarkan.

Kebajikan Anak Yatim Mary, The Lighthouse Children’s Welfare Home dan Wen Hua Welfare Association

Dengan sokongan MINISO, pengunjung dipermudahkan untuk menyumbang hadiah kepada kanak-kanak dari rumah kebajikan terpilih.

Sumbangan hadiah kepada kanak-kanak dari rumah kebajikan yang terpilih

Antara penerima termasuk Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, The Lighthouse Children’s Welfare Home dan Wen Hua Welfare Association.

Santa Claus memberi hadiah kepada kanak-kanak yang hadir

Pada 19 Disember, kanak-kanak ini diraikan di Genting dan menerima hadiah secara simbolik daripada Santa Claus.

Persembahan dari Santa Claus

Kemeriahan turut dibawa ke kawasan Gohtong Way dan Liberty Lane, yang menawarkan hiburan langsung, permainan, jualan serta pelbagai sajian istimewa dari hidangan panas di Fire Pit hingga citarasa antarabangsa di Trattoria IL Lago, Fuhu dan trak makanan Asteroid Arcade.

Pengunjung boleh menikmati makanan sambil diselimuti suasana salji buatan yang turun mengikut jadual setiap malam.

Menjelang penghujung tahun, Genting bakal menjadi pusat tumpuan dua malam paling dinanti kerana Malam Krismas diserikan dengan persembahan Vanessa Reynauld, Angela Ong dan Ronnie Jupiter sebelum DJ Blink mengambil alih pentas dengan muzik bertenaga serta pertunjukan cahaya dan laser.

Malam Tahun Baharu pula menyaksikan barisan DJ seperti Wu Kong, ManHanD, Yin Ern, Juztin Lan dan KAIA Lee, dengan hos Shaun Stephen memastikan 2025 ditutup dengan penuh gaya.

Sepanjang festival, pelbagai photobooth disediakan di lokasi strategik bagi membolehkan pengunjung merakam momen istimewa dan membawa pulang sebahagian daripada keajaiban Winter Wonderland.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Iskandar Ismail Rampas No.1 GV12 Minggu Ke-8, Krisya & Shae Hampir Tersungkur

Datuk K Terkentut Ketika Buat Live, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Terharu Peminat Jaga Aib