Penyanyi berbakat tempatan, Isaac Voo, menutup tahun 2025 dengan langkah penuh keyakinan menerusi pelancaran single keduanya berbahasa Melayu berjudul ‘SINGA’, yang dilancarkan secara rasmi pada 19 Disember 2025 di semua platform penstriman digital.
Lagu ini bukan sekadar karya baharu, malah menjadi simbol penting dalam perkembangan seni Isaac Voo yang semakin matang, berani dan jelas dengan hala tuju kerjayanya. Video muzik rasmi ‘SINGA’ turut ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Isaac Voo pada hari yang sama, jam 8 malam.
Terinspirasi daripada simbolik singa, ‘SINGA’ mengangkat tema kekuatan dalaman, keberanian, keyakinan diri dan kepercayaan terhadap potensi tanpa batasan, sekali gus menjadikan lagu ini sebuah karya bermesej motivasi yang sesuai didengar menjelang tahun baharu.
Disember merupakan bulan yang sangat istimewa buat saya. Menyambut hari lahir dan pada masa yang sama melancarkan ‘SINGA’ adalah satu pencapaian peribadi yang besar. Lagu ini adalah hadiah saya buat peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seni saya
Isaac Voo
Isaac Voo, penyanyi Malaysia di bawah pengurusan Prodigee Asia Talent.
APA
Pelancaran single kedua berbahasa Melayu berjudul ‘SINGA’.
BILA
19 Disember 2025.
DI MANA
Semua platform penstriman digital dan YouTube rasmi Isaac Voo.
MENGAPA
Untuk menampilkan sisi lebih berani dan matang dalam perjalanan seni Isaac Voo.
BAGAIMANA
Melalui lagu bermesej motivasi dengan susunan muzik bertenaga dan antemik.
Pernyataan Arah Baharu
‘SINGA’ merupakan single kedua berbahasa Melayu Isaac Voo, menandakan komitmennya untuk mendekati peminat tempatan dan serantau dengan lebih dekat. Lagu ini menggabungkan lirik pelbagai bahasa serta susunan muzik urban moden yang bertenaga, menjadikannya cerminan perjalanan seorang artis yang berani menentukan hala tuju sendiri.

Saya berharap stesen radio dan pihak media akan terus memberi ruang kepada saya. Saya juga terbuka untuk meneroka peluang lain dalam industri kreatif, termasuk lakonan dan cabang seni yang lain
Isaac Voo
Sentuhan Produksi & Visi Seni
‘SINGA’ diterbitkan oleh Prodigee Asia Talent (PAT), dengan lirik dan komposisi hasil kerjasama Dari, Shazriq Azeman dan Iqie Hugh. Proses adunan dan mastering pula dikendalikan oleh Cheng Lee dan Elaine Soong dari pasukan muzik PAT.

Menurut Cheng Lee, Ketua Bahagian Muzik Prodigee Asia Talent, lagu ini mencerminkan kematangan Isaac Voo bukan sahaja dari sudut muzik, malah pemikiran sebagai seorang artis.
“‘SINGA’ melambangkan keyakinan dan kesediaan Isaac untuk melangkah ke tahun 2026 dengan lebih fokus dan tujuan. Dari susunan muzik hingga penyampaian vokal, semuanya mencerminkan keberanian dan identiti seninya,” katanya.
Mini Showcase & Fan Meeting Eksklusif
Sebagai kesinambungan pelancaran ‘SINGA’, Isaac Voo turut bakal meraikan peminat menerusi Isaac Voo Mini Showcase & Fan Meeting 2025, yang akan berlangsung pada 21 Disember 2025, jam 2.00 petang, bertempat di Pickle Space, Subang USJ.
Acara eksklusif ini direka dalam suasana lebih intim, memberi peluang kepada peminat yang dikenali sebagai Isaac’s Babies untuk berinteraksi secara dekat bersama Isaac Voo. Selain persembahan mini showcase, acara ini turut menampilkan sesi interaksi, mini buffet, fan kit, goodies eksklusif serta sesi bergambar berkumpulan.

Kod pakaian bertemakan “Jungle Colors” dipilih selari dengan konsep visual dan semangat keberanian yang diketengahkan menerusi ‘SINGA’. Penyertaan adalah berbayar pada kadar RM88 bagi setiap kemasukan.



GIPHY App Key not set. Please check settings