in

“Ada Benda Bertenggek Ikut Sampai Rumah” -Mell Sakura Dedah Pengalaman Mistiknya Di Sabah

Mell pernah diikut sesuatu sebaik pulang dari hiking

KUALA LUMPUR – Penyanyi Gegar Vaganza 12 (GV12), Mell Sakura, mendedahkan pengalaman peribadi yang pernah menghantui zaman remajanya ketika melakukan aktiviti hiking bersama rakan-rakan di Sabah.

Menurut Mell, kejadian itu berlaku ketika mereka turun dari sebuah kawasan bukit berhampiran Taman Tun Fuad, yang menjadi lokasi warga setempat bersenam dan mendaki.

Mell Sakura
👻 RINGKASAN: PENGALAMAN MELL SAKURA DI SABAH 1. Kejadian berlaku semasa Mell remaja, selepas aktiviti hiking di Sabah.
2. Mereka turun bukit lewat Maghrib — suasana riang berubah jadi tidak selesa.
3. Mell tiba-tiba rasa badan berat, demam dan “berbisa” selepas pulang.
4. Arwah nenek (bidan tradisional keluarga) mengesan ada “benda” melekat.
5. Nenek merawat dengan bacaan dan kaedah tradisi Sabah; tidak mendedahkannya lanjut.
6. Rawatan diberikan hari yang sama — Mell pulih tanpa perlu tunggu esok.
7. Mell percaya mungkin mereka tersilap waktu/percakapan semasa turun bukit.
8. Kisah dikongsikan Mell selepas konsert Gegar Vaganza — pengalaman peribadi & refleksi budaya.

Mell berkongsi cerita itu ketika ditemui selepas konsert GV12 minggu keenam, menjelaskan bagaimana dia dipercayai “ditenggek” oleh sesuatu yang tidak kelihatan.

Mell berkongsi pengalamannya ketika sidang media selepas Konsert Gegar Vaganza minggu keenam.

“Arwah nenek bagitahu, ada benda yang melekat datang bertenggek.” – Mell Sakura

Menurutnya, pada waktu itu mereka didakwa terlanggar pantang larang dengan tidak menjaga percakapan atau tingkah laku, selain turun dari kawasan bukit pada waktu senja.

Mell berkata sebaik tiba di rumah, tubuhnya mula rasa tidak selesa, seperti berat dan berbisa, namun menyangka ia hanya akibat kepenatan.

“Terus rasa macam nak demam, badan berat macam tak selesa. Ingatkan sebab penat,” kongsinya.

Namun keadaan itu berubah apabila Mell dibawa berjumpa arwah neneknya, seorang bidan tradisional yang turut memiliki kepakaran mengubat secara tradisi.

Walaupun menyedari seperti ada “sesuatu” yang mengikuti Mell, neneknya sengaja tidak memberi perincian, dipercayai bagi mengelakkan cucunya ketakutan.

“Nenek tak beritahu apa yang ikut. Dia cuma cakap ada benda melekat. Dia terus ubat guna bacaan tradisional Sabah,” – tambahnya

Mell menjelaskan neneknya mampu melihat “benda halus”, namun lebih dikenali dalam keluarga sebagai bidan tradisional atau bomoh.

Mell bersyukur kerana dirawat dengan cepat, tanpa memerlukan masa menunggu hingga keesokan hari.

“Syukur juga cepat dirawat. Tak tahu apa jadi kalau tunggu sampai esok.”

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Single Terbaru Ary, Luka Terpaling Dalam

Ary Hussin Pernah Dihina “Tak Ada Pakej”, Kini Muncul Dengan Single Luka Terpaling Dalam

pelantikan kumpulan terkenal ALPHA sebagai Muse Rasmi Neonate 2026,

Neonate Perkenal Koleksi Emosi “Love Story” Di The Agam