in

Neonate Perkenal Koleksi Emosi “Love Story” Di The Agam

pelantikan kumpulan terkenal ALPHA sebagai Muse Rasmi Neonate 2026,

KUALA LUMPUR – Selepas mencuri tumpuan di pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2025 (KLFW2025), jenama lokal Neonate kembali memukau dengan sebuah pembentangan eksklusif bertajuk “Love Story”, dipersembahkan secara intim di ruang seni The Agam, Kuala Lumpur.

Tidak sekadar pelancaran koleksi, “Love Story” disusun seperti sebuah naratif emosional dengan mengangkat sisi cinta yang jarang diceritakan, iaitu perasaan-perasaan yang tidak berakhir dengan bunga bahagia, tetapi penuh luka, pertanyaan, penyembuhan dan akhirnya mungkin perpisahan.

🖤 RINGKASAN “LOVE STORY” – NEONATE 1. Neonate lancarkan koleksi eksklusif “Love Story” di The Agam, KL.
2. Koleksi menonjolkan sisi cinta yang tidak berakhir bahagia.
3. Emosi diterjemah melalui warna, siluet dan perincian pakaian.
4. “Love Story” disusun seperti bab puitis dalam hubungan sebenar.
5. Pameran fesyen pertama Neonate selepas 11 tahun penubuhan.
6. Neonate turut perkenalkan laman web baharu untuk pengalaman beli lebih moden.
7. ALPHA diumum sebagai Muse Rasmi Neonate 2026 dengan persembahan khas.
8. Koleksi mula dijual 12AM 7 Disember 2025 di www.neonatecompany.com.

Berbanding memuja romantisme sempurna seperti tipikal fesyen komersial, Neonate memilih untuk mendedahkan kontras emosinya seperti kegelisahan, keputusan yang menyakitkan, siluet yang “bernafas tetapi tersekat”, serta palet warna yang kelihatan indah tetapi menyembunyikan perkara yang tidak terucap.

Pengasas merangkap Pengarah Kreatif Neonate, Karl Shafek Ibrahim, menjelaskan bagaimana koleksi ini dibina seperti menulis surat cinta yang tidak semestinya dibalas.

Pengarah Kreatif Neonate, Karl Shafek Ibrahim

“Kita jarang letakkan kesedihan cinta dalam fesyen, walhal ia sebahagian daripada kehidupan. ‘Love Story’ adalah ruang untuk menceritakan hal-hal yang kita rasa tetapi tidak diucap. Warna, potongan, malah perincian fabrik, semuanya membawa bahasa emosi,” Karl Shafek Ibrahim, Pengarah Kreatif Neonate.

Buat pertama kalinya setelah 11 tahun berkarya, pengunjung berpeluang melihat setiap “statement look” secara dekat melalui pameran khas, menjadikan acara ini detik monumental dalam perjalanan kreatif Neonate.

Selain memperkenalkan koleksi, Neonate turut melancarkan laman web baharu dengan antaramuka lebih moden dan mudah diakses, sebagai langkah memperkukuhkan pengalaman pembelian dalam talian.

ALPHA sebagai Muse Rasmi Neonate 2026

Neonate turut mengumumkan rancangan kolaborasi bersama beberapa jenama dan artis besar pada 2026, termasuk pelantikan kumpulan terkenal ALPHA sebagai Muse Rasmi Neonate 2026 dan lengkap dengan persembahan eksklusif semasa majlis.

Koleksi “Love Story” telah dijual secara eksklusif di laman rasmi www.neonatecompany.com bermula 12:00 tengah malam, 7 Disember 2025.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Mell pernah diikut sesuatu sebaik pulang dari hiking

“Ada Benda Bertenggek Ikut Sampai Rumah” -Mell Sakura Dedah Pengalaman Mistiknya Di Sabah

Reen Rahim Bongkar Rahsia Serius Di Sebalik Bisnes

Bukan Sekadar Romantik, Reen Rahim Dedah Sisi Serius Bisnes Bersama Suami