in , ,

Rasai Masa Depan Hidup Pintar di Xiaomi Smart Living Showcase 2025

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2025 – Xiaomi, peneraju global dalam elektronik pengguna dan pembuatan pintar, bakal membawa pengalaman rumah pintar menyeluruh kepada rakyat Malaysia menerusi Xiaomi Smart Living Showcase 2025, yang berlangsung dari 13 hingga 17 Ogos 2025 di Centre Court, Setia City Mall.

Acara ini menampilkan rangkaian produk AIoT pintar dan teknologi rumah terkini daripada Xiaomi, termasuk Xiaomi TV A 2026 Series, Xiaomi 4K Monitor A27Ui, Xiaomi Robot Vacuum H40, Xiaomi Robot Vacuum S40 serta pelbagai tawaran eksklusif, promosi, cabutan bertuah dan hadiah menarik untuk pengunjung.


Xiaomi Smart Home Super Combo

Sorotan utama acara ini ialah Xiaomi Smart Home Super Combo – pakej lengkap rumah pintar yang ditawarkan pada harga istimewa RM7,999 (harga asal RM13,595), potongan hebat 41%.

Bundle ini hanya tersedia 3 set sehari secara first-come-first-serve, dengan jumlah terhad 15 set sepanjang pameran. Sesuai untuk pemilik rumah baru atau sesiapa yang mahu menaik taraf gaya hidup dengan solusi pintar Xiaomi.

Pakej termasuk:

  • Mijia Air Conditioner Pro Eco 5-Star 1.0HP Inverter (RM1,899)
  • Mijia Refrigerator Cross Door 510L (RM2,899)
  • Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kg (RM2,299)
  • Xiaomi TV A Pro 65” 2026 (RM2,999)
  • Xiaomi Robot Vacuum X20 Max (RM3,499)

Cabutan Bertuah Roadshow – Spend & Win

Dengan setiap perbelanjaan minimum RM1,000 dalam satu resit, pengunjung berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM4,599. Jumlah hadiah terkumpul melebihi RM50,000, termasuk peralatan rumah pintar premium, gajet terkini dan baucar eksklusif.

Antara hadiah utama:

  • Xiaomi Smart Cooking Robot (RM4,599)
  • Xiaomi TV A Pro 65” 2026 (RM2,999)
  • Mijia Refrigerator Cross Door 510L (RM2,899)
  • Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kg (RM2,399)
  • Xiaomi Sound Outdoor, Hair Dryer, Smart Luggage dan banyak lagi

Jualan Kilat Harian

Bagi pemburu tawaran, Jualan Kilat Harian akan berlangsung 3 kali sehari dengan harga luar biasa untuk pelbagai aksesori dan peranti pintar – sementara stok masih ada.

Antara tawaran hangat:

  • Redmi Buds 4 Lite – RM9.90 (RRP RM139)
  • Xiaomi Smart Band 8 – RM49.90 (RRP RM199)
  • Redmi Power Bank 20,000mAh – RM49.90 (RRP RM129)
  • Xiaomi Smart Kids Watch – RM199 (RRP RM369)

Promosi Smart Wearables Ogos

Sepanjang 1 hingga 31 Ogos 2025, nikmati penjimatan sehingga RM400 untuk rangkaian peranti boleh pakai pintar Xiaomi. Sesuai untuk gaya hidup sihat, produktiviti dan keselesaan harian.

Antara promosi menarik:

  • Xiaomi Watch 2 Pro – RM799 (RRP RM1,199)
  • Xiaomi Watch S4 – RM519 (RRP RM699)
  • Redmi Watch 5 – RM339 (RRP RM459)
  • Redmi Buds 6 Pro – RM239 (RRP RM299)

Tingkatkan Gaya Hidup Pintar Anda

Dari bundle eksklusif hingga jualan kilat dan cabutan bertuah, Xiaomi Smart Living Showcase 2025 menjanjikan pengalaman membeli-belah penuh teknologi dan keseronokan. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Centre Court, Setia City Mall dari 13 hingga 17 Ogos 2025, dan alami sendiri bagaimana Xiaomi boleh mengubah rumah anda menjadi ruang pintar bergaya.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Amber Lancar Koleksi Premium ‘Somewhere, Somehow, Someone’, Hael & Dayang Jadi Duta

Christy Ng Lancar Semula Butik MyTOWN Dengan Konsep ‘Cave of Curiosities’ Era Baru