KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2025 – Dunia fesyen tempatan kini berwajah lebih mewah apabila Amber Eksklusif Casual Wear, jenama di bawah Usanita Sdn Bhd, melancarkan koleksi premium terbaharu Somewhere Somehow Someone.
Amber dalam waktu yang sama turut melantik Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah sebagai duta rasmi.

- Amber Eksklusif Casual Wear lancar koleksi Somewhere Somehow Someone.
- Hael Husaini & Dayang Nurfaizah dilantik sebagai duta rasmi.
- Koleksi direka untuk golongan T20 dengan rekaan kasual premium.
- Menampilkan fabrik berkualiti tinggi & kemasan elegan.
- Dijual secara terhad di butik Amber & platform online.
Dicipta khusus buat golongan yang mengutamakan fesyen kasual berprestij, koleksi ini memadukan rekaan moden kontemporari dengan fabrik premium serta kemasan eksklusif yang memancarkan aura elegan dan keyakinan diri. Ia bukan sekadar pakaian, ia adalah manifestasi status, cita rasa, dan pencapaian.
Antara pakaian yang ditampilkan termasuklah Zip Up Scuba Collar Sweater, A-Line Scuba Skirt, Short Sleeve Polo Shirt, Cascade Short Jacket, Knit Cardigan, Side Pleated Skirt, dan Easy Trench Coat
Menurut Datuk Adzliana Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, pemilihan Hael dan Dayang sebagai duta rasmi bukan kebetulan.

“Hael dan Dayang adalah cerminan sempurna DNA Amber – penuh gaya, berkarisma, dan mempunyai pengaruh besar dalam membentuk aspirasi fesyen. Mereka bukan sekadar ikon hiburan, malah lambang kejayaan dan personaliti unggul yang seiring dengan visi kami,” ujarnya.

Buat Dayang Nurfaizah, pelantikan ini mencatat sejarah tersendiri kerana ini adalah kali pertama beliau bersetuju menjadi wajah rasmi untuk produk tempatan.
“Kepercayaan Dayang terhadap jenama tempatan yang menepati standard antarabangsa adalah penghormatan besar buat kami. Ia membuktikan fesyen buatan Malaysia mampu berdiri setaraf jenama global,” tambah Datuk Adzliana.

Koleksi ini akan dipasarkan secara terhad di butik Amber di Wangsa Walk Mall dan butik flagship Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, serta dalam talin di www.amberofficials.com.my dan media sosial Amber Officials.



GIPHY App Key not set. Please check settings