Kuala Lumpur, 12 Mei 2025 – Dunia TikTok Malaysia bakal digegarkan dengan penganjuran KamiSempoi Golden Awards 2025, sebuah acara berprestij yang menghimpunkan para pencipta kandungan dan hos TikTok Live dari seluruh negara.
Majlis ini akan berlangsung di Galaxy Banquet Hall, Sentul, Kuala Lumpur, bermula jam 8.00 malam.

Anugerah Pengiktirafan Pencipta Kandungan
KamiSempoi Golden Awards 2025 dianjurkan oleh KamiSempoi International Agency (KSIA), agensi TikTok tempatan yang kekal sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara. Anugerah ini bertujuan mengiktiraf usaha dan kreativiti hos TikTok Live dalam menghasilkan kandungan yang berimpak tinggi dan menghiburkan.

Peningkatan Jumlah Kategori
Pada tahun ini, jumlah kategori anugerah semakin bertambah, menggambarkan perkembangan pesat komuniti TikTok di bawah naungan KSIA.
- 12 kategori dipertandingkan untuk rakan niaga, manakala
- 15 kategori untuk live host daripada pelbagai latar belakang, termasuk selebriti, profesional, pelajar, suri rumah, dan golongan OKU.
- Tiga anugerah baharu turut diperkenalkan iaitu:
- Top Host KamiSempoi – Singapura 2024
- Top Host KamiSempoi – Indonesia 2024
- Top Host KamiSempoi – Malaysia 2024
- Seorang pemenang daripada kategori ini akan merebut gelaran Top Host KamiSempoi of The Year 2024.
Bakat dan Pengaruh KamiSempoi
KSIA kini menaungi lebih 3,100 live host di Malaysia, 1,400 di Indonesia, dan 100 di Singapura. Selain itu, terdapat 27 rakan niaga di Malaysia dan 9 di Indonesia. Jumlah ini meningkat dengan ketara berbanding tahun sebelumnya, mencerminkan kepercayaan yang semakin kukuh terhadap KSIA sebagai syarikat agensi TikTok terkemuka di rantau ini.
Label Muzik KamiSempoi: Fasa Baharu Pengembangan KSIA
KSIA bakal melancarkan label muzik rasmi pada pertengahan tahun ini. Sebagai permulaan, mereka bekerjasama dengan penyanyi dan pempengaruh TikTok, Bulan Asyraf, untuk melancarkan single bertajuk “KamiSempoi”. Lagu ini bakal dipersembahkan buat pertama kali oleh Bulan Asyraf pada malam anugerah ini.
Pengasas KSIA, Pakcik Chin Swee, menyatakan bahawa pemilihan Bulan Asyraf bukanlah kebetulan. Beliau merupakan live host yang aktif di bawah KSIA dan telah mencipta kejayaan besar melalui program realiti nyanyian GIMME THE MIC.

Pencapaian Gemilang KSIA
KSIA juga bakal meraikan beberapa pencapaian luar biasa, termasuk:
- Adelyn Heng, hos TikTok yang meraih kedudukan Top 3 Asia Tenggara dan Top 100 dunia.
- BossKlan, KSIA Christ, dan Mentol Talent yang berjaya mengumpul hasil pendapatan diamond tertinggi sepanjang tahun lalu:
- BossKlan: USD73,000 (RM 309,372)
- KSIA Christ: USD68,000 (RM 288,182)
- Mentol Talent: USD16,000 (RM 67,808)

Barisan Selebriti dan Tetamu Istimewa
Majlis ini bakal diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal seperti Riezman Khuzaimi, Nita Hamzah, Nadia Mustafa, Mustaqim Bahadon dan Syafiq Putra. Turut hadir adalah Dato’ Normaziah Sheikh Mohamed (Dato’ Azie) iaitu Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysoa.

Siaran Langsung dan Kemuncak Malam
Acara ini akan disiarkan secara langsung melalui platform media sosial rasmi KamiSempoi International Agency (KSIA), membolehkan peminat seluruh negara turut merasai kemeriahannya.
KamiSempoi Golden Awards 2025 pastinya bakal menjadi malam penuh gemilang dalam meraikan bakat-bakat terbaik dunia TikTok Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan detik bersejarah ini malam ini!




GIPHY App Key not set. Please check settings