TEMU BUAL bersama pelakon drama First Wives, Mimi Lana di tayangan perdana drama tersebut yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Pengantin baharu, Mimi Lana ditanya sebagai seorang isteri, adakah sebarang syarat diletak Syafiq Kyle untuk terus berlakon?
Mimi turut menjawab tentang penglibatannya dalam syarikat produksi Syafiq, Indigo dan apakah peranannya kelak.
Astro Originals mempersembahkan drama premium bertajuk ‘First Wives’. Siri 8 episod ini diarahkan oleh Imri Nasution, dibintangi oleh Mimi Lana, Melissa Campbell, Malek Mccrone, Andy Teh, Carmen Soo dan ramai lagi.
Berkisar tentang Diyana dan Michelle, dua orang sahabat dari baik kecil yang sedang mengalami masalah rumah tangga. Diyana membongkar rahsia suaminya yang telah berkahwin untuk kali kedua manakala Michelle diugut oleh Ahlong apabila suaminya kalah berjudi menggunakan duit simpanan mereka berdua.
Kuala Lumpur • 9 Mac 2025
GIPHY App Key not set. Please check settings