in , ,

Syafiq Kyle – Adrenalin Jantan Tinggi Di Set Blood Brothers. Tertumbuk, Cedera, Makian Semua Ada?!

SEMBANG SEKEJAP bersama pelakon filem Blood Brothers, Syafiq Kyle di tayangan filem tersebut yang berlangsung di Putrajaya.

Syafiq Kyle berkongsi pengalaman di set Blood Brothers Bara Naga, berlakon dengan majoriti pelakon lelaki. Bagaimana adrenalin, ego ketika beraksi?

Blood Brothers: Bara Naga mengangkat tema kepercayaan, pengorbanan, dan nilai persaudaraan dalam sebuah dunia yang penuh dengan tipu daya dan pengkhianatan. Kisah ini mengikuti perjalanan Ariff (Syafiq Kyle), seorang pemuda yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk berkhidmat di bawah naungan Dato Zul (Wan Hanafi Su), seorang tokoh perniagaan berpengaruh yang turut merupakan ketua kepada organisasi jenayah dikenali sebagai Mafia Naga.

Ariff kemudiannya mengangkat sumpah setia sebagai pengawal peribadi elit dalam syarikat kawalan keselamatan eksklusif bernama Silent Guard, sekaligus terikat dalam ikatan persaudaraan darah — Blood Brother — bersama Ghaz.

Namun segalanya berubah apabila berlaku satu pengkhianatan besar yang menggoncang kestabilan mereka. Ariff tiba-tiba dituduh sebagai pengkhianat dan menjadi buruan utama. Demi membersihkan namanya, Ariff terpaksa melarikan diri dan mencari perlindungan daripada abang kandungnya yang telah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly). Dalam masa yang sama, Ghaz diberi mandat untuk menjejaki dan menangkap Ariff, serta menyerahkannya kepada pengadilan keluarga Naga yang penuh dendam.

Mampukah Ariff membuktikan dirinya tidak bersalah dan meraih semula kepercayaan Ghaz? Atau takdirnya berakhir dengan kematian di tangan Blood Brother yang telah lama dianggap seperti abang kandungnya sendiri?

Putrajaya • 7 April 2025

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Novotel dan Paris Saint-Germain (PSG) Lancarkan Bilik Legenda di Novotel Jakarta Cikini untuk Menghargai Javier Pastore

Domino’s Express Kini Dibuka di Guar Chempedak, Kedah