in ,

Anak Jamal Abdillah, Zaki Dan Yamani Juara Famili Duo 2

Pasangan adik beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah dinobatkan sebagai juara rancangan terbitan TV3, Famili Duo 2 semalam.

Anak kepada penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah itu berjaya membawa pulang wang berjumlah RM100,000 beserta trofi.

Bertemakan Anugerah Juara Lagu dipusingan pertama, pasangan ini membawakan lagu medley Potret yang dipopularkan oleh Akim and the Majistret dan Pelukan Angkasa nyanyian Sekumpulan Orang Gila (S.O.G) dan Shila Amzah.

Persembahan pertama mereka menarik perhatian penonton apabila menampilkan pelakon remaja, Puteri Balqis sebagai tetamu undangan.

Dipusingan kedua pula mereka membawakan lagu bertema bebas iaitu medley Hutang nyanyian Floor 88, Amboi nyanyian Altimet dan Kau Pun Sama yang didendangkan oleh Syamel.

Tempat kedua dimiliki oleh pasangan adik beradik Ayda Jebat dan Fyna Jebat yang berjaya membawa pulang wang sebanyak RM20,000.

Pasangan sepupu, Wani Kayrie dan Bella Astillah menghuni tempat ketiga dengan membawa hadiah wang berjumlah RM15,000.

Manakala di tempat keempat diberikan kepada pasangan sepupu Naim Daniel dan Sissy Iman yang membawa pulang wang sebanyak RM10,000.

Pasangan adik beradik Fareedpf dan Sabhi Saddi, pasangan sepupu Ara Johari dan Shaffiq Erwin dan pasangan adik beradik Siti Saerah dan Siti Saida juga merupakan peserta Famili Duo musim ke-2.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bella Astillah Dedah Perbualan Whatsapp Bersama Sophia AlBarakbah

Guna Artis Sebagai Duta Berjaya Kalau Usahawan Ada Ilmu