in ,

Lebihkan Bacaan Al-Quran, Neelofa Kongsi Amalan Persediaan Bulan Ramadan 

Pelakon dan usahawan, Noor Neelofa berkongsi tiga amalan yang diamalkannya untuk persiapan memasuki bulan Ramadan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Nor, 35, memberitahu dia akan memaksa diri untuk mengubah waktu tidur. 

Tambahnya lagi, dia juga sudah mula merancang juadah yang bakal disediakan sepanjang bulan Ramadan.

“Dari tahun-tahun sebelum ini, saya rasa Ramadan selalunya berubah-ubah daripada segi cara saya sediakan diri.

“Sekarang ini pun, saya dah mula rancang untuk persiapan juadah. Saya akan buat setiap juadah punya pes itu lebih awal.

“Kedua, saya akan tukar waktu tidur. Sebelum ini lepas terawih, saya akan terus tidur.

“Sebab saya akan bangun pukul 4:00 pagi. Memang paksa diri untuk tukar waktu tidur,” katanya.

Menurut Neelofa, perkara ini perlu dilatih lebih awal agar badan mudah menerima gaya hidup yang baru.

Berkongsi lebih lanjut, ibu kepada dua orang anak itu menegaskan untuk membaca Al-Quran dalam bulan Ramadan.

@naelofarofficial

Ramadan is just a month away! 🌙✨ Now is the perfect time to start preparing yourself for this blessed month. Here are some key takeaways from Neelofa to help you get ready: 1. Easy meal prep & learn to prep some easy dishes. 2. Ubah cara tidur bermula dari sekarang. 3. Latih diri untuk berpuasa sebelum Ramadan. 4. Tingkatkan bacaan Al-Quran. #Ramadan

♬ original sound – Naelofar – Naelofar

“Kalau Ramadan anda tidak dihabiskan dengan membaca Quran, maksudnya anda tidak dapat yang terbaik daripada bulan itu.”

“Kalau kita biarkan Ramadan berlalu tanpa baca Al-Quran, sangatlah rugi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Neelofa turut menitipkan pesanan untuk meletakkan sasaran dalam usaha mendekatkan diri dekat dengan Al-Quran.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Captain America Berpendapat Dia Sepatutnya Memenangi Oscar

Lewat Keluar Lepas Beli Nasi Ayam Punca Suami Tampar Isteri