Penyanyi Mark Adam menzahirkan rasa kesal terhadap komen negatif netizen yang diterima berkaitan harga sate jualannya dianggap terlalu mahal.
Kata Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah komen yang ditinggalkan netizen mematahkan semangat pekerjanya.
“Saya tak kisah dah biasa dengan komen negatif, tapi pekerja saya hilang semangat bila orang cakap satay saya harga isra*l.
“Saya masih belajar (berniaga), saya nak awak tahu situasi dekat sini,” ujarnya.
Tidak mahu berdiam diri, pelantun lagu Pencuri itu tampil menjelaskan anggaran modal bagi set sate balut nya.
“Harga satu set saya RM21.90, jom kita sama-sama kita modal untuk bisnes saya.
“Daging satay saya premium, saya ambil dari kilang yang sudah establish, yang di guna di kebanyak kan hotel dan 5 star di Malaysia.
“Saya dapat untung untuk satu set RM2.90 sahaja. Adakah ini harga Israel?,” tambahnya lagi.
Akui masih baru dalam dunia perniagaan, Mark juga sempat membuat permohonan maaf sekiranya ada menyinggung mana-mana pihak.
“Saya minta maaf, saya baru sahaja berniaga. Tapi agak-agak la komen. Apa hal? Dah tahun baru kot.
“Kalau korang datang, kita ada tester tak paksa pun beli. Tapi sudah ramai yang beli,” katanya.



GIPHY App Key not set. Please check settings