in

20 Meow-Del Bersaing Rebut Tempat Ke Pentas Akhir Purina Felix Cat Fashion Week

Seramai 20 pasangan pemilik dan kucing kesayangan mereka kini bersaing merebut enam tempat terbaik untuk mara ke pentas akhir Purina Felix Cat Fashion Week musim kedua yang kembali dengan tema “Meow Menggoda, Comel Berganda”.

Selepas melalui sesi uji bakat secara dalam talian, kesemua pasangan berkenaan kini berentap di peringkat Separuh Akhir bagi memburu gelaran Juara Purina Felix Cat Fashion Week.

BUZZ RINGKAS


APA:
Purina Felix Cat Fashion Week musim kedua menyaksikan 20 pasangan pemilik dan kucing bersaing merebut enam tempat terbaik ke pentas akhir.

SIAPA:
20 meow-del bersama pemilik masing-masing, dengan peserta terdiri daripada pelbagai baka termasuk British Shorthair, Maine Coon, Ragdoll, Persian Mix dan kucing kampung.

DINILAI OLEH:
Dr. Ima (Dr. Salehahtul Khuzaimah), Yuen Wai daripada FIFe dan Mark Adam.

APA YANG DINILAI:
Keserasian kucing dan pemilik, personaliti, kreativiti, penampilan serta cara pemilik menyerlahkan keistimewaan kucing masing-masing.

SIARAN:
Perjalanan pertandingan akan dipaparkan menerusi kandungan digital dan televisyen bermula 16 September 2026, dengan pentas akhir pada 25 Oktober 2026.

KEMUNCAK:
Cat Fashion Week Finale akan menentukan juara musim kedua pada 25 Oktober 2026, jam 9.00 malam di TV3.

Pelbagai Gaya Dan Ragam Si Bulus

Di pentas Separuh Akhir, setiap meow-del tampil bersama pemilik masing-masing menerusi tema, pakaian dan aksesori yang mencerminkan karakter tersendiri.

Penyertaan tahun ini merangkumi pelbagai baka seperti British Shorthair, American Longhair, Domestic Shorthair, Persian Mix, Maine Coon, Himalayan Persian, Tuxedo, Ragdoll, Semi Flat Face serta kucing kampung.

Daripada gaya comel dan santai hingga elegan, unik dan mencuit hati, setiap pasangan hadir dengan pendekatan tersendiri untuk menarik perhatian juri.

Namun, pertandingan itu bukan sekadar mengenai siapa yang paling bergaya.

Keserasian antara kucing dan pemilik, personaliti, kreativiti serta cara pemilik menyerlahkan keistimewaan si bulus turut menjadi antara aspek yang dinilai.

Tiga Juri Tentukan Top 6

Bagi menentukan enam pasangan terbaik yang bakal mara ke pentas akhir, peserta diadili tiga juri berpengalaman.

Mereka ialah Dr. Ima (Dr. Salehahtul Khuzaimah), doktor veterinar dengan kepakaran dalam penjagaan haiwan peliharaan kecil dan eksotik; Yuen Wai, wakil daripada The Federation International Feline (FIFe); serta Mark Adam, penyanyi, pelakon dan pencinta kucing.

“Saya suka melihat kreativiti setiap peserta, tetapi dalam masa yang sama, kita perlu pastikan kucing berada dalam keadaan selesa dan tidak tertekan. Gaya yang cantik akan menjadi lebih bermakna apabila pemilik benar-benar memahami keperluan kucing mereka,” kata Dr. Ima.

Yuen Wai pula memberi perhatian bukan sahaja kepada chemistry antara kucing dan pemilik, malah aspek persiapan serta perapian kucing sepanjang sesi Separuh Akhir.

“Bagi saya, bukan pakaian sahaja yang penting. Saya suka melihat chemistry antara kucing dan pemilik. Perapian kucing juga mencerminkan kasih sayang dan penjagaan pemilik. Kucing yang rapi dan yakin biasanya menunjukkan kucing dijaga dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Mark Adam menekankan keunikan personaliti setiap kucing serta hubungan mereka bersama pemilik.

“Setiap kucing mempunyai personaliti yang berbeza. Ada yang sangat yakin, ada yang pemalu dan ada juga yang sangat aktif. Jadi, apa yang menarik ialah bagaimana pemilik dapat mengenali karakter mereka dan menunjukkannya melalui persembahan,” jelasnya.

Perjalanan Menuju Pentas Akhir

Perjalanan 20 meow-del menuju pentas akhir akan dipaparkan menerusi beberapa kandungan digital dan televisyen bermula September hingga Oktober ini.

Felix Cat Diary (Digital) akan memaparkan kisah dan perjalanan Top 6, panduan pakar serta detik menarik peserta dan kucing kesayangan mereka.

Program itu akan bersiaran dari 16 September hingga 8 Oktober 2026, setiap Rabu dan Khamis, jam 8.00 malam, menerusi lapan episod berdurasi tiga minit.

Sementara itu, Purrfection Diary (Digital) yang memaparkan persediaan dan perjalanan peserta menuju pentas akhir akan disiarkan pada 29 September, 6 dan 20 Oktober 2026, setiap Selasa jam 8.00 malam.

Untuk siaran televisyen, Capsule Cat Fashion Week akan menampilkan sorotan perjalanan pertandingan daripada uji bakat sehingga Top 6 serta persediaan menuju pentas akhir.

Ia akan disiarkan pada 3, 10 dan 17 Oktober 2026, setiap Sabtu jam 7.50 malam, dengan tiga episod berdurasi 10 minit.

Pentas Akhir Tentukan Juara

Segala perjalanan pertandingan akan memuncak menerusi Cat Fashion Week Finale pada 25 Oktober 2026, Ahad, jam 9.00 malam.

Episod khas berdurasi 60 minit itu akan menentukan juara Purina Felix Cat Fashion Week musim kedua.

Program berkenaan dibawakan oleh Felix sebagai penaja utama dan Meow Meow sebagai penaja bersama.

Dengan 20 pasangan yang hadir bersama gaya dan personaliti tersendiri, persoalan kini tertumpu kepada enam pasangan yang bakal dipilih untuk meneruskan saingan sebelum seorang dinobatkan sebagai super meow-del musim ini.

Senarai Top 20

  1. Zandra Evans & Jannah
  2. Iffah Zahirah & Labu
  3. Norazizah Binti Abu Kasim & Lolalisa Braveheart
  4. Aiman Syazani & Seri Embun
  5. Muhammad Azeem Abd Aziz & Hugo
  6. Aidil Jalil & Sashimi Aryan Braveheart
  7. Noorlida Binti Abdul Rahman & Baim
  8. Kanmani A/P Adimoolom & Tony
  9. Siti Nur Sollehhah Mokhtar & Chiro
  10. Marliana Binti Mohd Zulkifli & Sabo D Alfonso
  11. Syazreen Irwina & Micco Al Farsy
  12. Nazzatul Farahidayah Mohd Nazziri & Rosemary Tomato
  13. Shaikh Mansoor & Leve Palestina
  14. Nurul Anis Aniza & Violet
  15. Fara Juliana & Mochi
  16. Liyana Roseli & Atan
  17. Nurliyana Zahari & YenYen
  18. Nur Diyana Ruslan & Abu Tausi
  19. Ahmad Fazwan & Athithy Amora
  20. Tuan Mochtar & Smol

Dengan saingan yang kini semakin sengit, hanya enam pasangan akan dipilih untuk meneruskan perjalanan ke pentas akhir sebelum juara musim kedua Purina Felix Cat Fashion Week dinobatkan pada Oktober nanti.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Dongker Luah Kekecewaan Terhadap Negara Menerusi “Melankolia Radikal”

ILTIZAM PDP Terus Perkasa Kebolehpasaran Graduan Bumiputera, 807 Alumni Dilahirkan Sejak 2012