in ,

Makin Berisi, Penampilan Ira Kazar Dapat Pujian Netizen – “Dia Ni Cantik Lah”

Bekas isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar baru-baru ini mencuri perhatian netizen dengan penampilannya.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, anak perempuan kepada pelakon veteran Kazar Saisi tersebut mempromosikan lagu terbaharunya bersama penyanyi rap, Alan D yang berjudul Tak Kisah.

Bagaimanapun, apa yang menarik adalah komen-komen netizen yang memuji kecantikan Ira selepas dilihat semakin berisi.

“Dia berisi macam ni lawa,”

“Dia ni cantik lah, aku puji bukan sokong apa dia buat yang lepas ya. Tapi sebab memang cantik  dan masih sopan walaupun lepas cerai,”

“Ira dah berisi sekarang, lagi bertambah cantik,”

“Lawa sekarang Ira berisi, dari dulu memang minat Ira.”

@inspirasi.my

Banyak sangat kecaman & kontroversi yang @irakaza terima. Haa ni @irakaza & @alandurairaj nak bagitahu korang, kecam lah macam mana pun, diorang TAK KISAH 😆 korang dah layan belum single terbaru diorang? Kalau belum check out sekarang di semua digital platform! Tapi kalau KLTV buat comeback semula macam ngam je kan? 😍 #KongsiInspirasiMy #InspirasiUnifiTV #KLTV_MY

♬ Teman Tapi Mesra – Andre Taulany & Andre Taulany & Friends

Untuk rekod, Ira dan Syamsul berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand dan pasangan itu dilaporkan mendaftarkan perkahwinan mereka di

Perlis pada 20 Januari 2023.

Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Perkahwinannya Ira dengan Syamsul tidak dikurniakan cahaya mata.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bagasi Rosak Teruk Lepas Melancong, Norman Hakim Luah Rasa Kesal – “30 Saat Saya Istighfar”

Kipas Cucu Masa Tengok Bola, Netizen Terhibur Lihat Sisi Penyayang Rosyam Nor – “Punyalah Gengster…”