in ,

Kipas Cucu Masa Tengok Bola, Netizen Terhibur Lihat Sisi Penyayang Rosyam Nor – “Punyalah Gengster…”

Gelagat mesra pelakon versatil tanah air, Datuk Rosyam Nor dan cucunya meraih tumpuan netizen di media sosial.

Menerusi hantaran di TikTok, dapat dilihat aktor filem KL Gangster 2 itu menonton perlawanan bola sepak bersama cucunya di stadium.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah sifat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rosyam Nor terhadap cucunya.

Dalam pada itu, ada juga yang terhibur melihat sisi penyayang Rosyam Nor meskipun selalu memainkan watak samseng di dalam filem.

“Castello pun kipaskan cucu. Punyalah takut cucu tak selesa,”

“Tai Long dah tak pegang Petaling Street,”

“Gengster macam mana pun, bila cucu panas, kena kipaskan dia,”

“Punyalah gengster, tapi dalam hati ada taman.”

@lismis_

Malaysia kalah tapi Ifti enjoyyyy 🫣😂 masyaallahtabarakkallah

♬ pluto projector – ☆

Sekadar info, Datuk Rosyam Nor mendirikan rumah tangga bersama Runika Mohd Yusoff pada 1989.

Pasangan itu dikurniakan lima anak yang kesemuanya perempuan, iaitu Arniesha Azureen, Nur Anis, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Makin Berisi, Penampilan Ira Kazar Dapat Pujian Netizen – “Dia Ni Cantik Lah”

Poey Stings, Happy Asmara, & Charly Setia Band Bakal Gegarkan Megastar Arena Februari 2025!