in ,

Sambut Ulang Tahun Ke 17, Suria FM Bakal Berikan Hadiah Eksklusif Dalam TikTok Live Untuk Pendengar!

Suria FM bakal mengadakan sambutan Suria 17 Tahun, Suria Penuh Memori pada 6 Disember 2024 ini dengan mengadakan dua sesi siaran langsung TikTok yang berlangsung pada 9 pagi hingga 10 pagi dan 4 petang hingga 5 petang. 

Mengulas mengenai acara istimewa ini, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), berkata sesi itu diadakan adalah bagi meraikan kejayaan Suria.

“Sambutan Suria 17 Tahun bukan sahaja meraikan ulang tahun kami, tetapi turut meraikan kejayaan Suria yang telah berjaya menarik lebih 3.3 juta pendengar setiap minggu, berdasarkan keputusan GFK yang diumumkan pada baru-baru ini. 

“Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan dan Suria sangat berbesar hati untuk berkongsi detik istimewa ini bersama pendengar setia kami,” katanya.

Selain itu, Suria juga menjanjikan barangan eksklusif edisi terhad kepada pendengar sebagai tanda penghargaan menerusi live TikTok yang bakal diadakan

“Sebagai tanda penghargaan kepada para pendengar, Suria berbesar hati ingin memberikan hadiah barangan eksklusif Suria edisi terhad kepada pendengar menerusi live Tiktok yang bakal diadakan.”

DJ Lin

“Kami berharap acara ini akan terus mempereratkan hubungan bersama pendengar setia, terutamanya mereka yang telah menyokong kami sejak awal penubuhan Suria FM,” ujar DJ Lin lagi.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Dahlia Rizal Dedah Terima Mesej Ahli Old Money Menggatal, Suami Siap ‘Bahasakan’ – “Dia Dah Kahwin Lah B*doh”

Muka Anak Bengkak Sebab Makan Ketam, Che Ta Tak Tahu Aaisyah Ada Alahan