in ,

Dahlia Rizal Dedah Terima Mesej Ahli Old Money Menggatal, Suami Siap ‘Bahasakan’ – “Dia Dah Kahwin Lah B*doh”

Pempengaruh, Dahlia Rizal memaklumkan dirinya sebelum ini sering diganggu oleh lelaki di media sosial.

Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram Story, Dahlia menyatakan dia selalunya tidak akan melayan mesej-mesej seperti itu.

Namun, kali ini mesej tersebut ditunjukkan kepada suaminya, Imran Aqil kerana individu berkenaan adalah dari komuniti ‘Old Money’ yang tular sejak kebelakangan ini.

“Saya selalunya tak layan DM dari lelaki tapi kali ini saja tunjuk pada Imran sebab dia (lelaki itu) dari komuniti Old Money yang viral itu.

“Saja tunjuk Imran sebab saya rasa benda ini kelakar,” katanya.

Dalam  hantaran yang sama, pempengaruh itu turut mendedahkan bahawa Imran mengambil telefonnya dan membalas mesej tersebut.

Dapat dilihat, Imran membalas mesej berkenaan dengan menggunakan pesanan suara melalui IG milik Dahlia.

“Dia (Imran) terus ambil telefon dan balas rakaman suara ini.

“Eh Dahlia dah kahwin lah bod*h.”

Imran Aqil

Sekadar info, Dahlia dan Imran Aqil telah selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Villa Istana Ayer Keroh Melaka, pada September tahun lalu.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Amyra Rosli Alami Keguguran, Amar Bahrin Titip Kata Semangat – “Be Strong Mommy”

Sambut Ulang Tahun Ke 17, Suria FM Bakal Berikan Hadiah Eksklusif Dalam TikTok Live Untuk Pendengar!