in

Suria FM Rangkul Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024

Suria FM melakar kejayaan di peringkat antarabangsa sekali lagi selepas menerima Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024 bagi kategori Penstriman Radio Secara Langsung Di Malaysia.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin memberitahu kejayaan yang diperoleh tidak akan dicapai tanpa usaha dan komitmen warga Suria FM.

“Mewakili Suria FM, kami sangat bersyukur dan gembira di atas pengiktirafan antarabangsa daripada Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024.

Saya percaya bahawa kejayaan ini adalah hasil usaha dan komitmen padu daripada anak-anak buah saya di Suria FM yang sentiasa komited dalam menghasilkan produk dan kandungan yang berkualiti bagi semua pendengar setia kami,” katanya.

Anugerah tersebut diadakan Crowne Plaza Changi Airport, Singapura. pada Khamis.

Penyampai radio segmen Suria Cinta itu juga memberikan penghargaan kepada pendengar Suria FM yang terus memberikan sokongan.

“Terima kasih kepada pihak Asia-Pacific Broadcasting+ atas anugerah ini, juga kepada pendengar Suria yang sentiasa memberi inspirasi kepada kami untuk terus berinovasi dalam dunia penyiaran radio. Kejayaan ini tidak akan mungkin tercapai tanpa sokongan padu daripada anda semua,” ucap DJ Lin.

Sekadar info, Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ merupakan sebuah acara mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan dalam projek yang memajukan industri penyiaran menerusi kandungan, inovasi & digitalisasi.

Program terbuka kepada semua syarikat penyiaran dan rakan kongsi industri di sekitar rantau Asia Pasifik.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Saya Minta Maaf…” – Meerqeen Dah Lama Bersuara Untuk Palestine, Tak Hebah Bagi Sumbangan

Kolaborasi Epik Diskoria & Sheila Majid Hadirkan Magis Jun Ini.