in ,

Siaran Luar Suria & 988 Satukan Rakyat, Semarakkan Semangat Hari Kebangsaan

Suria dan 988 bergabung tenaga menerusi siaran luar bersama dari Dataran Putrajaya sempena Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2026, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan rakyat Malaysia.

Sebagai Rakan Strategik, Suria FM turut memperluaskan liputan menerusi siaran luar ketika raptai penuh serta hari kemuncak sambutan, selain membawa mesej perpaduan melalui kempen CHAM2GETHER.

BUZZ RINGKAS

SIARAN LUAR BERSAMA
Suria dan 988 bergabung menerusi siaran luar bersama dari Dataran Putrajaya sempena HKHM 2026.

CHAM2GETHER
Kempen kolaborasi Suria dan 988 mengetengahkan kepelbagaian budaya serta komuniti menerusi konsep “Unity Goes Beyond Language”.

AKTIVITI INTERAKTIF
Penyampai kedua-dua stesen berinteraksi dengan pengunjung, selain mengadakan temu bual dan aktiviti sepanjang siaran luar.

SEMANGAT PERPADUAN
Kolaborasi ini membawa mesej bahawa perbezaan bahasa dan latar belakang tidak menghalang rakyat Malaysia untuk terus bersatu.

CHAM2GETHER Raikan Kepelbagaian

Kempen CHAM2GETHER merupakan hasil kolaborasi Suria dan 988 bersempena sambutan Merdeka yang memberi penekanan terhadap kepelbagaian budaya serta komuniti di Malaysia.

Menerusi konsep “Unity Goes Beyond Language”, kempen tersebut mengetengahkan mesej bahawa perbezaan dari segi latar belakang, budaya dan bahasa mampu disatukan untuk mewujudkan keharmonian.

Semangat berkenaan turut diterapkan menerusi siaran luar bersama di Dataran Putrajaya apabila penyampai daripada kedua-dua stesen radio di bawah Star Media Group bergabung untuk meraikan detik bersejarah negara.

Kolaborasi tersebut bukan sekadar mempertemukan dua jenama radio, malah menjadi wadah untuk menyampaikan mesej bahawa semangat perpaduan rakyat Malaysia melangkaui perbezaan bahasa dan latar belakang.

Penyampai Dekati Pengunjung

Sepanjang siaran luar berlangsung, para penyampai Suria dan 988 berinteraksi secara langsung bersama pengunjung yang hadir di Dataran Putrajaya.

Mereka turut berkongsi perkembangan dan suasana sekitar lokasi, selain mengadakan sesi temu bual bersama tetamu jemputan serta pelbagai aktiviti interaktif bagi memeriahkan sambutan.

Bagi melengkapkan pengalaman pengunjung dan petugas di lokasi, Suria dan 988 turut menyediakan kit sarapan pada kedua-dua hari, iaitu ketika raptai penuh serta sambutan rasmi Hari Kebangsaan.

HKHM 2026 Meriah Dengan Pelbagai Acara

Sambutan HKHM 2026 turut dimeriahkan dengan perarakan melibatkan pelbagai kontinjen daripada agensi kerajaan, pasukan keselamatan, institusi pendidikan, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti.

Selain itu, pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan pancaragam, aset dan kenderaan ikonik, demonstrasi pasukan keselamatan, pertunjukan udara serta persembahan kebudayaan yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Menerusi penglibatan dalam sambutan tersebut, Suria dan 988 terus membawa mesej perpaduan kepada masyarakat, selari dengan semangat CHAM2GETHER yang mengangkat kepelbagaian sebagai satu kekuatan.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

J Zainal Sindir Netizen Berani Di Media Sosial, Tapi Tak Berdepan

Siapa Paling Terhangat? Undian Anugerah Melodi Terhangat 2026 Dibuka 3 September Ini