Pelakon Amyra Rosli mendedahkan dirinya mengalami keguguran.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Amyra memuat naik foto menunjukkan kit ujian kehamilannya yang memaparkan dirinya positif hamil.
Bagaimanapun, dalam posting seterusnya, kit ujian berkenaan menunjukkan kehamilannya itu terjejas atas sebab yang tidak diketahui.
“Awak singgah sekejap je dalam perut mommy. Lepas tu awak pergi. Comel la awak ni. Tak ada rezeki. Tak apa kita fokus shooting dulu,” tulisnya.

Beralih ke ruangan komen, suami Amyra Rosli iaitu Amar Bahrin dilihat meninggalkan kata-kata semangat buat isterinya.
“Allah sebaik-baik perancang untuk perjalanan hidup dan mati hamba-Nya.
“Percaya pada qada dan qadar ketentuan Allah. Insya-Allah terjaga iman mommy. Love you sayang. Be strong mommy.”
Amar Bahrin
Sekadar info, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi Amar, 7 dan Aura Aryssa, 4.
GIPHY App Key not set. Please check settings