Perkongsian video terbaharu pelakon Nadiyah Shahab mencuri tumpuan ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Nadiyah atau nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, dapat dilihat bersama Aprena, Nelydia dan beberapa individu lain ketika di lapangan terbang untuk berlepas ke Jakarta.
Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah penampilan terbaharu Aprena dilihat tidak lagi mengenakan hijab sebaliknya hanya mengenakan topi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kecewa melihat perubahan dalam pemakaian Aprena yang dahulunya menutup aurat
“Hilang dah tudung Aprena.”
Netizen
“Dah habis melayang dah tudung semua.”
“Terbang dah, sedihnya.”
“Trend tudung terbang.”
Sekadar info, adik kepada pelakon Oktovia Manrose itu memulakan usaha berhijab pada Ramadan 2021, sebelum mengambil keputusan memakai tudung penuh tidak lama kemudian.



GIPHY App Key not set. Please check settings