in ,

Tengok Video CEO Helmie Kutuk Shuib, Reaksi Ariq Matin Buat Netizen Sebak – “Kasihan Anak Shuib”

Anak kepada pelawak Shuib mencuri perhatian netizen apabila dilihat menonton video pempengaruh iaitu CEO Helmie.

Menerusi hantaran di TikTok, anak lelaki kepada Shuib, Ariq Matin ditegur supaya berhenti melihat video pempengaruh itu dek kerana tuduhan jahat secara terbuka yang dilemparkan terhadap pelawak tersebut dan isterinya, Watie Hanifiah sebelum ini.

Entri itu turut disertakan dengan kapsyen sebak di mana Shuib meluahkan rasa kesal dengan individu berkenaan yang disifatkan sebagai mengguris hati ahli keluarganya.

“Tanpa kita sedar, mungkin ada hati yang terluka. Terima kasih atas hinaan dan kejian yang buat banyak hati terluka.”

Shuib

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen  menzahirkan rasa kasihan terhadap anak pelawak itu.

“Kasihan dekat anak Shuib, sebab tuduhan tu ditujukan dekat mommy dia.”

“Sebaknya tengok Matin bila dia pandang kamera, kau tengah bercakap pasal bapa dia. Kau tahu hati dia rasa apa?”

“Anak-anak ni hati dia lagi cepat tersentuh, kecewa. Apa masalah si Helmie tu?!”

Untuk rekod, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai CEO Helmie memuat naik video menuduh isteri kepada Shuib iaitu Watie menjadi punca pelawak itu berubah sikap.

Malah secara sinis dia meminta Shuib mencari pengganti isterinya dengan wanita lebih solehah.

Lelaki sama juga pernah mendakwa pelawak itu menggunakan wang syarika untuk mengerjakan umrah di Makkah.

Susulan Shuib mahu bersemuka dengannya, lelaki tersebut sebaliknya meminta pelawak itu menyelesaikan masalah dengan pekerjanya sebelum cuba menjejakinya.

Sumber: TikTok

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

IOI Mall Raikan Perayaan Dengan Enchanted Christmas Wonderland, Janjikan Sambutan Penuh Keajaiban!

Tidak Lagi Bertudung, Netizen Kecewa Lihat Penampilan Terbaru Aprena Manrose – “Terbang Dah, Sedihnya”